Thursday, December 26, 2013

Kebebasan, ayuh bebas!




Terkenang kembali saat itu. Saat aku pelan-pelan menghirup air kelapa di tepi pantai Port Dickson. Sungguh nyaman pada waktu itu. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena pada petang itu, mata ku melirit ke arah sekumpulan anak remaja. Sungguh remaja..

"Bebasnya mereka"- aku bermonolog dalaman..

Bebaskah apabila kita bebas bergaul, berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan..
Bebaskah, apabila kita bisa memakai apa sahaja yg kita mahu?
Apakah itu kebebasan?
Ingin ku tanya lagi, APA ITU KEBEBASAN!?

Iya, mungkin hati yg penuh dosa ini tidak layak untuk mengkritik, atau meng-judge sesuatu dari segi luaran. Memang. Lemah sungguh iman ini. Tidak mampu ku tegur dengan tangan atau lisan. Hanya mampu untuk aku doakan supaya mereka diberi hidayah untuk mencari kebebasan yg sebenar!

Apakah kebebasan yang sebenar wahai hamba?
Adakah kita bebas apabila kita hamba?
YA! Kita bebas apabila kita hambaNYA! hamba Allah swt! hamba kepada tuhan yg maha Esa!

Bukannya hamba kepada wang!
Bukannya hamba kepada cinta manusia!
Bukannya hamba kepada kegilaan fashion dan dunia semata-mata!

Apabila setiap manusia berjaya membebaskan diri dengan menjadi hambaNya, maka percayalah..tiada apa lagi yang perlu kita takut, tidak banyak yg dapat membuat kita marah, tiada apa yg dapat mengecewakan kita dengan sekecewanya, tiada apa lg yg dapat menyedihkan kita dengan lama...

Kerana apa?kerana hati dan diri ini redha dan terima yang segalanya adalah ketetapan tuhan kita!

Mengapa perlu bersusah payah mengejar dan mencari cinta manusia, apabila diri dapat bebas dari cengkaman kekecewaan dengan mencari cinta Illahi sahaja?

Mengapa perlu bersusah payah memikirkan tentang bagaimana meng-attract manusia dengan pakaian sebegitu dan sebegini, apabila diri hanya perlu menutup aurat dengan sempurna untuk meraih syurgaNya?

Mengapa perlu bersusah payah? mengapa meletakkan hati dalam sangkar itu!?mengapa??

"YaAllah ya Tuhanku..
Janganlah kau menjadikan aku manusia yg mengharap pertolongan orang lain,
Janganlah kau menjadikan hati ku ini menanti cinta manusia yg tidak pasti,
Ya Allah, sediakan aku sebuah Istana di Syurga supaya ku tidak hairan untuk mengejar-ngejar harta dunia yg sementara,
Bebaskan hati ini ya Allah! bebaskan!
Supaya tiada satu pun kehilangan, dan kepergian dalam dunia ini yang dapat menjatuhkan semangatku,
Bebaskanlah diriku ya Allah, bebaskan! supaya kebahagiaan ku hanya dengan membahagiakan diriMu"

"Apa yang akan dilakukan oleh musuh-musuhku terhadapku? Aku, surga dan dan kebunku dalam dadaku. Kemana pun aku pergi, ia selalu bersamaku. Jika aku dipenjara, maka ia bagiku khalwat (bersendirian dengan Allah). Jika aku terbunuh, maka ia bagiku kesyahidan. Jika aku diusir dari negeriku, maka bagiku ia adalah wisata" -Ibnu Taimiyyah

Bebaskan dirimu, dengan menjadi hambaNya.









Tuesday, December 24, 2013

Susahnya Istiqomah

Mata ku membaca satu persatu perkataan dalam buku "Biar Bidadari Mencemburui Dirimu"
"Cemburu" dan wanita, adalah perkara yg tidak dapat dipisahkan.
okay, mungkin kalau nk cakap tentang cemburu wanita, memang panjang lebar lah blog nih.

Kata-kata dalam sebuah buku begitu indah sekali, sangat sempurna jika dapat dipraktikkan.
Kadang ku terfikir, hebat sungguh penulis buku ini. Namun, dia juga manusia. Tidak lepas dari silap dan dosa.




Ayat-ayat dalam buku itu disusun cantik. Bila membacanya, hati berkobar-kobar ingin menghidu harumnya syurga, tubuh ingin sekali dibangkitkan dalam kalangan salaful-solleh, as-Siddiq dan para isteri-isteri Nabi. Bila membacanya, diri ingin sekali dicemburui!

Tapi, sememangnya tidak semudah itu..
Pengorbanan masa..kasih..cinta..terhadap dunia..
Ah, tak perlu pergi jauh..solat suboh pun kadang tertinggal, bagaimana hendak dicemburui!?
Lidah pun cepat mengeluh apabila disuruh oleh ibubapa, bagaimana hendak dicemburui!?
Belum lagi masuk kalau andainya sudah bernikah. Memang, siapa yg tidak mahu menjadi isteri solehah? Impianku untuk menjemput suami ku pulang setiap hari dengan keadaan diriku harum berhias semata-mata deminya. Tapi bagaimana satu hari aku diuji, suami ku yg soleh itu ingin berpoligami. Dapatkah diri ini sabar? dapatkah diri ini menerima? Jadi, katakan pada sy bagaimana untuk aku dicemburui pada masa itu!?

"Senangnya diri ini menasihati manusia agar bersyukur dan memikirkan tentang segala nikmat yg Allah telah berikan, tapi bila Allah sendiri uji pada diri, hancur rebah! lupa segala ayat-ayat cinta dari Allah yang selama ini mententeramkan jiwa..."- kata-kata sy pada sahabat solehah sambil hati tersedu cuba menahan sebak didada..

Pernah saja satu hari itu saya menangis tak henti2...bukan kerana sudah masa diri "datang bulan", tapi kerana saya hampa pada diri, saya takut andai Allah menguji saya sesuatu dan akhirnya saya menyalahkan takdir.
Saya takut kalau satu hari saya mati dalam keadaan saya menyalahkan takdir dan kata-kata seperti "agama ku tidak adil" keluar dari bibir saya!

Sekejap! berhenti....aku masih waras lagi...

"Cinta itu milik Allah..
Kalau kita tidak bisa menerima ujian..
Menolak segala ujian..
Lari daripadanya..
Maka itu bukan mencintai Allah!
tapi itu adalah "Aku mencintai diri sendiri!"
Padahal Allah sangat mencintai diriku..."

Ayat-ayat diatas saya dengar dari satu ceramah di youtube. Terima kasih kepada sahabat solehah yg telah menghantar link youtube itu pd saya, seolah-olah dia tahu pula hati ini sedang meronta untuk mendengar kata-kata itu!

Wahai hati..
Aku tahu lemahnya kau dan aku..
Kita sering jatuh dan lupa..
Dalam keadaan gelap gelita,
Aku cuba meraba tali..
Tali yang membawa hati pada Illahi..
Sabar hati, sabarlah..
Berusahalah kita bersama..
Memang tidak mudah
kerana syurga itu adalah abadi!


Istiqomah, memang payah...memang susah..
Tetapi berusaha, itu jaminan ku! aku akan tetap berusaha dan berusaha..
Berusaha mengingatkan hati tatkala hampir berputus asa..
Beristighfar dan bertaubat setiap kali diri jatuh dalam ambang dosa..
Berusaha..membalas cintaNya..


"YaAllah, aku redha andai ujian ini dan itu kau beri untuk dekatkan aku padaMu, cuma satu ku pohon ya Tuhan ku, Kau berilah aku kesabaran dan kekuatan pada diri ku ini!"


Thursday, November 14, 2013

3A2B

Mabrook!! kepada semua adik2 lepasan UPSR! Yg dapat 5As, tahniah dan teruskan usaha anda! Kepada yg tak dapat 5As, jangan risau! Hidup masih panjang, banyak lagi liku2 kehidupan dan ujian lepas ni yang kita perlu hadapi. Tidak mendapat 5A bukan bermakna tidak berjaya, mendapat 5A juga tidak bermaksud adik2 sudah cukup berjaya, kerana segalanya hanya permulaan.

Teringat diri saya dulu masa UPSR,

Kring kring...(Bunyi telefon)

"Assalam, ha..macam mana UPSR? dapat berapa A?" -Abah
"emm....3A je..yg lain B"- saya
"hm..xpelah..teruskan berusaha"...-Abah

Memang tidak akan lupa saat itu!
Walaupun abah kata "tidak apa", aku masih boleh dengar rasa "hampa" dalam nada suaranya..
Sejak hari tu, aku berazam dan berdoa supaya aku tak dengar lagi nada suara itu..

AlhamduLilah, dengan berkat doa ibubapa dan guru-guruku, aku berjaya melanjutkan pelajaranku ke peringkat ijazah dan sekarang diberi rezeki dan nikmat oleh Allah swt untuk melanjutkan pelajaranku ke peringkat Master, semoga Allah permudahkan!

Adik2, jangan putus asa dengan apa pun yg kita dapat hari ini..
Juga, jangan rasa selesa dengan apa jua yg kita peroleh hari ini..

Kehidupan ini lebih bermakna dari sehelai kertas, ujian disekolah hanya meningkatkan "skill" kita dalam memikir tetapi ujian yg bukan diatas kertas lah yg mematangkan manusia.

Apa pun yang kita lakukan, jangan berhenti bergerak ke hadapan walau perit mana pun kehidupan, kerana org yg berjaya bukan kerana mereka "genius" atau dapat A dalam setiap peperiksaan mereka, tapi mereka adalah org yg percaya pd diri dan tidak pernah putus asa!

Apa gunanya, kalau kita dapat 5A atau 8As lepas tu kita rasa kita dh cukup bijak dan xmahu belajar lg?
Bukan saya nak kata, pelajar yg 5A dan 3A tu sama tarafnya, tapi yg cuba disampaikan adalah "usaha kita selepas ini", bagaimana?

Bagi yg dapat 3A mungkin kena usaha lebih sikit dr yg 5A, tp yg 5A tu pula jgn berhenti berusaha dan rasa diri dh cukup bijak dan memandang rendah pada org lain, kerana ini baru permulaan! Jadikan itu sebagai "kick-start" bagi sebuah kejayaan yg lebih besar ! :)


InshaaAllah, papepun..jgn lupa Man Jadda wa jadda! (Siapa yg berusaha, dia akan berjaya) inShaaAllah. Jadilah generasi, pembangun Ummah!^^v




Tuesday, November 12, 2013

Harapan Manusia.



Kenapa? Walau kita tahu yg segalanya sementara, manusia tetap berharap?
Sedih apabila dia meninggalkan kita
Marah bila apa yg terjadi tidak seperti yg dirancang
Padahal, kita semua tahu yg semuanya sementara, tiada apa yg sempurna!
Tapi kenapa kita tetap sedih dan kecewa? 

Kerana, kita ini manusia..dan kita lupa yg kita semua adalah "Insan"
Manusia memang sudah diciptakan untuk mengejar sesuatu yg pasti, mengharapkan sesuatu yg kekal!
Itu sebabnya diciptakan Syurga!
Kerana Syurga itu bersifat kekal dan sempurna.
Sesuai dengan apa yg diinginkan oleh setiap manusia..

Tapi, kita selalu tertipu dengan dunia yang sementara. Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan semata-mata. Apa yang didalam dunia itu bersifat sementara sahaja. Segala keindahan di dalamnya tidak menjamin kebahagiaan yg kekal. Yg hidup akan mati, yg susah hari ini mungkin senang esok, yg sayang boleh jadi benci, tapi yang mengharapkan kebahagiaan Syurga akan terus beruntung. 

Jika,
Manusia sentiasa berusaha untuk mencapai kebahagiaan di sana, pasti sedikit yg berputus asa. Bukan itu sahaja, segala masalah dapat diselesaikan dgn baik tanpa marah-marah kerana dia tahu semua masalah bersifat sementara. Apalah sangat kalau nk dibandingkan masalah itu pada nilai ganjaran Syurga yg kekal lg sempurna!

Wahai manusia yg diciptakan untuk mengejar kebahagiaan yg kekal lagi indah..
Kejarlah Syurga...









Monday, November 11, 2013

Sharing Books

Some people asked "what I like to read?"
Actually, I am not really a book worm. The books that I have read were mainly the ones that people recommended to me and lent to me. Baik kan??:) 
Some were also gifts! MasyaAllah, tabarakallah may Allah bless them!
So for this sem, I've read some books and there are few which are still pending to be finished. heh

Some of the books that I've read this sem which I found them to be interesting are : 

= Membina Diri Dengan Al-Fatihah (by Abu Al-Faqar)
= Bercinta Sampai ke Syurga (by Ustaz Hazrizal)
= Panduan dan kelebihan Khatam al-Quran (by Ustaz Taha Hassan)

Membina diri dgn al-Fatihah is more like a motivational book to me. The meaning of every ayah, the message behind every ayah as well as the significance of each ayah! It helps me to relates al-Fatihah with my life, who I am, what I should be as the servant of God. 

Bercinta Sampai Ke Syurga by Ustaz Hasrizal is an awesome book indeed. It doesn't only talks about love. Rather, he is trying to remind us that we are "hamba". The book also taught me that many people are trying to be successful in politics, careers and ambitions till they forgot to care for the foundation of them all :a strong supportive family! The book reminds me that despite of who we are (pendakwah, ustaz, ustazah or whoever) , we are still humans! Human make mistakes, and so we need to learn to accept and forgive. We also have our own needs as human: love. Furthermore, he taught me that in whatever situations, we must balance up Syariatullah (Rules of God) and Sunnatullah (Law of Nature). 

Panduan dan Kelebihan Khatam al-Quran taught me things I didn't knew before. Things like: when is the best time for me to khatam? the best way to finish my reading (khatam)?, and the significance of Khatam. 
I reckon this book can be a useful guide for every Muslim because many times we missed the great pahala and opportunities that Allah has offered to us. Hence, I think this book will helps us in gaining more barakah.

There are other 2 books that I am currently trying to finish:

=What I Believe (by Tariq Ramadhan)
= Reclaim your Heart (by Yasmin Mogahed)

Two books written by very well-know, interesting people. So far, I found "What I Believe" is more to facts referring to the reality of the world today, the problems surrounds the modern society. Perceptions on the Muslim Community as well as how different Muslims community see themselves and others. 

Reclaim Your Heart is more to motivational book. I have just started reading it, and I must tell you that I just don't want to stop reading it if I could! 

ok, that's all for now. I think I need to resist myself from these books for now because of the final exams. Huk. Well, hoping others will find those books enjoyable yet beneficial as well! Just sharing, please don't mind to share your's. ^^ 

Sunday, September 15, 2013

Islam is protecting me (Part 1- The Role of Wives)

Again about Women.
I am so glad that the care for women has grown in this world and that many like to talk and discuss about it. Some says women should be treated equally to men. Some just want to rule.Some are feeling oppressed. While some are just happy with what they have now. :)

So, during one of my "malas-nak-belajar" night, I went to Youtube and looked for any interesting documentary/talk show/ceramah to watch. And guess what! I've found an interesting talk show (debate show?) that talks about "Does Religions underestimate women?" .What a really interesting topic !
As Islam being one of the famous religion in this world, "oppression of women (?)" in Islam was also one the "hot-topic" being discussed.

I'VE LEFT ISLAM AND CONVERTED TO CHRISTIAN BECAUSE ISLAM PERMITS PUNISHMENT (CANNING) TO THEIR WIVES AND THAT WIVES NEED TO OBEY THEIR HUSBAND IN WHATEVER CIRCUMSTANCE

Oh I pity this girl so much! She converted from Islam just because she has misunderstood the verse! I wonder if she has read the whole verse or maybe just converted once she heard the word "canning"?  Pity Pity Pity. May Allah gives her the "Hidayah".
Actually, Allah swt says in surah An-Nisa:34:

"But those [wives] from whom you fear arrogance - [first] advise them; [then if they persist], forsake them in bed; and [finally], strike (lightly) them. But if they obey you [once more], seek no means against them. Indeed, Allah is ever Exalted and Grand."

You see, Allah swt has put it in steps. First, you advice. Then, if that doesn't work, you kinda need to ignore her. (just for a while and not like totally ignore her), finally only if they are still stubborn then only you could strike them. Strike here doesn't mean canning (like how you imagine in prison!). It's a punishment which is intend to teach not to hurt. Not only that, the husband is totally forbidden  from slapping his wife on the face.  It has been agreed by many Islamic scholars that the third step is best to avoid as avoiding it is nearer to the character of Rasullullah saw. 


Next, she has also mentioned about "Wives need to obey their husband in WHATEVER circumstance". In "WHATEVER" circumstance????????? Seriously I could not find that neither in the Quran nor the Hadith. Neither the Quran nor the Hadith say women need to obey their husband even when the husband is treated them miserably. 

"Why wives need to obey their husband but the opposite don't happen?"- Simple, I say.."Imagine how the earth will be if men need to obey their wives!? ".Yes, I know you are a very intelligent smart woman who could lead the society, but how about the other emotional women out there?(Especially when PMS). If both needs to obey one another, how is that going to happen? Anyway, good news for you, Islam does say men needs to obey to women. And these women are their MOTHER!. Don't you think it's fair now? Women need to obey their husband, while men need to obey their mother. Remember that obeying here means to support, to care for, to be the "wings", not to be treated as slave. It also means "prioritization". Sure, husband need to love and care for their wives, but they need to love and care for their mother more. However, husband still need to treat both of them justly. 

Islam promotes good negotiations and discussions within family. Islam also cherish the wives' point of views. I still remember a lovely story when Rasullullah's saw wife was nagging to Rasullullah and the wife's mother said to her- "How could you nag to Rasullullah like that?! shame on you, respect him!" then, instead of supporting his mother in law, Rasullullah said-"It's okay mother, let her nags. It's okay, she has helped me a lot with the house works..she has supported me countlessly and now she is just tired..let her nag to me, it's okay "     :') 















Thursday, September 12, 2013

Good news:With Hardship, there is relief !

Semalam, rasa sediiiiiihhhhhh sangat bila tengah2 buat online exam tetiba ada teknikal problem, tgh2 exam tu call faculty 3 kali, takder org angkat..last2 email lecturer. Lecturer kata ok dia bg yg baru. Tetiba bila "online paper" baru, yaAllah! soklan pertama dah panjang lebar (yg paper b4 ringkas dan direct aje)..Allah..Allah.. ada juga beberapa kali masalah teknikal berlaku lagi..yg sedihnya, tetiba diri menjadi cemas dan risau sebab masa dah banyak habis...bila sampai soklan sng tiba2 minda xboleh fikir..hbs je masa, air mata hampir mengalir...sedih ya Allah sedih. Terdetik rasa sia2 belajar dalam beberapa saat.astargfirullah..

Hari ni, tiba2 aku terdengar ceramah di Youtube ttg belajarlah kerana Allah  ..
Kebetulan pula pop out link tu kat webpage Youtube.

"Sebab apa sebenarnya kita belajar?adakah kerana pujian?pangkat?sijil?atau duit semata2?"-Ustaz Kazim..
"sehingga sampai xlulus ujian sedih, xlulus ujian rasa gelap masa depan..apakah org yg mendapat sijil itu mengamalkan ilmunya atau hanya menggunakannya semata2 untuk mencari pendapatan?".-Ustaz Kazim

Tamparan dan kesedaran pd diri..subhanallah!

Sama-sama muhasabah, kita kdg2 terlalu senang dgn kehidupan sehingga kita rasa lemah,sedih dan sebagainya hanya dengan baru diuji sedikit. Mungkin kita mmg sudah berusaha, berdoa dan sebagainya..tapi kalau Allah kata belum! maka belum lagilah kejayaan itu untuk kita. Pasti ada hikmah disebaliknya..
Mungkin Allah ingin aku belajar lebih kuat lepas ni! mungkin Allah nak suruh aku tengok balik hubungan aku dengan manusia-manusia yg lain terutamanya ibu dan bapa ku!, mungkin Allah mahu mendekatkan lagi aku padaNya, mungkin Allah ingin mengingatkan kita tentang tujuan utama kita mencari ilmu.

Bila terjadi begitu, seperti mengingatkan diri yang segalanya adalah milik Allah! Seperti drebar bmw yang bukan milik kita, begitulah hidup ini dipinjamkan pada kita..Apa kita patut sedih bila tuan punya bmw ingin memandunya? kerana sememangnya kita hanya drebar!

Sungguh aku amat iri sekali bila ada orang diuji lebih hebat dari ku dan mampu berkata "AlhamduLilah"! Aku iri kerana Allah memberinya ujian yg banyak kerana aku yakin Allah merasakan dia lebih kuat dari ku untuk menempuh ujian-ujian itu, dan sudah pasti ganjaran yg orang itu perolehi lebih besar! Aku juga iri kerana masyaAllah sabarnya dia menempuhi dugaan tanpa sedikit pun wajahnya memaparkan kesengsaraan yg dialami...

Sama-sama saya dan kamu berusaha ambil iktibar atas segala ujian yg dihantar pada kita. Sememangnya, kita mampu berusaha dan berusaha kerana kita tak sempurna. ..






Saturday, August 31, 2013

Bila nak kahwin?

AlhamduLilah, syukur pada Allah azza wajalla diberi peluang untuk merasa nikmat hidup dan kesihatan baik sehingga hari ini..
Umur baru sahaja meningkat 22...dalam hati terdetik "Apa saja yang telah aku capai selama aku hidup 22 tahun lamanya???"

Kalau setakat dunia digengam, tapi akhirat tidak di hati..apa gunanya??

Hm...banyak betul persoalan yang keluar akhir-akhir ini.. 
Kerja apa nanti? Bagaimana master? Tapi yang paling popular "bila nak Kahwin"? (Maklumlah dah grad)
YaAllah, tak tahu macam mana nak respon bila soalan itu ditanya..soalan yang berkaitan dengan kehidupan yang sangat berbeza, tanggungjawab yang sangat besar!, pengorbanan yang kita sendiri tidak tahu hujungnya..

Bukan saya membangkang kawin awal, tapi bukanlah saya sentiasa menyokong kawin awal..
Bagi saya perkahwinan adalah satu perkara yg sangaaaaaaaaaaaaaat penting. Jadi bagi saya, sebenarnya bukanlah faktor usia yang menentukan sangat orang tu perlu kawin atau tidak, tapi ia lebih kepada faktor "kemampuan"...seperti buku yang ditulis oleh Hilal Asyraf- "Berusaha mencapai mampu" dalam bukunya "Sebelum aku bernikah" . 

Perkahwinan bagi saya bukan melibatkan hanya penyatuan dua hati. Tapi ia merupakan penyatuan antara 2 keluarga. Pencarian "madrasah awal" bagi lelaki dan pencarian "Ketua" bagi perempuan. 
Diri harus dididik dengan perasaan sabar dan toleransi yang tinggi. (bukan hanya ilmu duniawi semata-mata).
Keluarga merupakan asas masyarakat, masyarakat merupakan asas kepada negara, dan negara merupakan asas pada dunia! 
Jadi kalau kita bercita-cita ingin mengubah dunia, mulakan dari keluarga!
Conclusion, perkahwinan sebenarnya membentuk ummah!
Perkahwinan yang diberkati membawa kepada keluarga yang sakinah, mawaddah, warahmah yang seterusnya membentuk ummah yang dicita-citakan..(cewah ayaat) ..
Jadi pada saya...kita jangan memikirkan tentang seronok, perasaan cinta dan nafsu semata-mata..tapi bila cakap pasal kahwin..kita kena sentiasa ingat dan berusaha sebaik mungkin untuk menjadi "madrasah awal" atau "Ketua" nanti....(gituu)..

But then again, by saying this bukan maksud saya menghalang kawin muda..
Bagi saya tak salah nak kawin muda kalau sudah mencapai mampu..(mungkin boleh baca buku Sebelum Aku Bernikah kalau nak tau cane capai mampu tu)..
Infact, bila ada lelaki yang soleh yang pasti boleh memimpin datang merisik,perempuan itu seelok-eloknya menerimanya.Ini berdasarkan kepada sabda Rasullullah saw yang berikut:

Rasullullah saw bersabda yang bermaksud : "Bila datang seorang lelaki, yang datang meminang, yang kamu redha agama dan akhlaknya.Maka nikahilah dia. Bila engkau tidak melakukan, maka akan terjadi fitnah dimuka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi" (Hadis Riwayat Termidzi dan Ahmad)

Apa-apa pun, sebenarnya try to seek for advice from the right people before getting into the conclusion to get married..  (mungkin orang tu tau kita mampu ke dak?)..Other than that, tepuk dada tanya iman..hehe

Oh another thing, kalau hubungan dengan ibu bapa yang ada pun kita tak dapat nk jaga....macam mana pulak kalau dengan orang lain? Praktis-praktis la "romantik" dengan mak kita...dan bermusyawarah dengan ayah kita...hehe..

Harap semua minda terbuka dengan entry saya kali ni, bukan ingin mengatai ke pe..tp mungkin sudah tiba masa saya berkongsi pandangan saya tentang perkahwinan..
Ia perkahwinan bukan perkara utama dalam hidup, pasti lebih banyak perkara yang lebih penting dari perkahwinan yang wajib kita jaga dan lakukan tapi perkawinan adalah salah satu perkara yang menentukan nasib kita diakhirat kelak..wallahu a'lam....




Wednesday, August 14, 2013

Kalau Benar Cinta..

Kalau benar cinta,
Mengapa ia menyakitkan diri..
Melukai hati..
Padahal tiada tali yang sah antara 2 sanubari..

Kalau benar cinta,
Mengapa cinta itu membawa diri itu jauh dari Illahi..
Di bibir tiada lagi menyebut-nyebut namaNya,
Tetapi nama si dia pula yg menjadi zikir setiap hari..

Kalau benar cinta,
Mengapa begitu senang jasa baiknya dilupakan,
Hanya apabila satu kesalahannya dipaparkan,
Lupakah diri itu bahawa dia juga manusia..
Manusia itu bersifat pelupa..
Manusia itu tak sempurna..

Kalau benar cinta,
Mengapa hanya mementingkan kejayaan diri sendiri sahaja..
Mengapa tidak ingin membawa dia berjaya bersama..
Berlari bersama-sama menuju Jannah..
Mendaki bersama-sama menuju puncak taqwa..

Kalau benar cinta..
Kalau benar cinta..


PS: Mari semua bicara dengan diri.. :)


Sunday, August 4, 2013

Kembali ke Perth

AlhamduLilah.
Akhirnya! Lepas penat cari University mana nk pergi?course apa nak amik?visa..medical check up...flight ticket..accomodation...sampai la saya kembali di bumi Perth nihh..
Last2, Perth balikkk..hahaha
Nak buat macam mana kan? dah Allah kata Perth, Perth la akhirnya..

Actually kalau nak fikir2 balik, UWA is my last option..kekonon mula2 nk buat ACCA (tp cam x minat account sangat daa), nk buat CFA (org kata 99% fresh graduate yg buat akan fail, so better buat master dulu)..and etc etc..
So, finally here I am doing my Master in Commerce (specializing in Economics). Nape Economics? sebab Uni xkasi buat major yg sama yg kita dh buat masa degree...account and finance da buat while others cam x minat, so last2 pilih Economics..hehe

Anyway, saya rasa bersyukur sangat sbb perjalanan saya ke Perth dipermudahkan oleh Allah swt..semuanya ok alhamduLilah. Dari preparation untuk datang ke sini, perjalanan ke airport, departure, dalam flight...semualah boleh dikatakan lancar. :) Sampai dalam flight saya dilayan dengan baiknya oleh steward/stewardess MAS yg telah memberi saya sebotol air besaq, kacang punya banyak, teh tarik and meal juga telah diberikan awal dari passenger2 lain (sbb nk berbuka puasa)..terima kasih MAS! So, begitulah..semuanya baik kecuali satu,sesampai di Perth saya menjadi org bisu sebentar sbb dengan tiba2nya suara menghilang..errr...xpelah, nasib ada kawan2 yg memahami bahasa isyarat ku..

Tak banyak yg berubah di Perth..
Speed limit still 60km/h
Itik masih banyak di kawasan Uni
Easyway masih menjual Green Apple Milk BubbleTea
Angin pagi winter still sangat menyejukkan..
Malam di Perth masih sangat sunyi

Perubahan ketara yg saya perasan adalah...
The absence of some of my friends.. T.T
Kehadiran pelajar2 baru.. :D
Kawan2 makin cantek..and ada kawan2 lelaki yg da berjanggut sampai xknal mula2!

AlhamduLilah, kelas baru start seminggu...
Ada 2 kelas malam..dan 2 kelas pagi..
huhu..cuak sebenarnya..semoga mempunyai kekuatan dan semangat yg tinggi untuk menimba ilmu ni..

AlhamduLilah juga sebab kelas2 agama di sini masih ada, infact bertambah!
Tak sabar rasanya untuk menyambung usrah dgn para sahabat Perth, bertalaqi dgn Ustaz Sofian, menghadirkan diri ke majlis2 Ilmu yang dianjur oleh MISWA dan sebagainya..

Oklah, raya lg 4 hari inshaaAllah..
Jom, kita kembali beribadat kepadaNya...

:)









Wednesday, June 26, 2013

Penghuni Syurga..

Bismilllahirahmanirahim..
AlhamduLilah syukur aku dihidupkan lagi hari ni..
Melihat pada keadaan diri ku skrg, aku rasa bersyukur dihidupkan kembali dari "mati" yg sementara..
Jika aku tidak dihidupkan, aku khuatir pada nasib roh ini..
Kalau aku mati, bagaimana agaknya malaikat akan menjemput ku? Adakah dengan kekerasan?atau dengan penuh kelembutan?....aku menangis..

MasyaAllah, aku bersyukur sekali lagi..
Melihat manusia-manusia disekeliling ku, berbagai2 jenis manusia tetapi semuanya hebat belaka..
Aku bersyukur kerana kehadiran mereka dalam hidup aku selalu membuat aku cemburu..
Ya cemburu..

Aku cemburu pada keikhlasan yg ada pada hati mereka..
Aku cemburu pada kesungguhan mereka beristiqomah...
Aku cemburu dengan kesabaran yg ada pada mereka..
Aku cemburu dengan ujian yang diberikan pd mereka..
Aku cemburu kerana mereka tidak mencemburui aku..

Walau sebanyak mana pun aku cuba mengawal kemarahan aku, aku tahu aku tidak akan dapat sesabar mereka..
Walau betapa byk kali aku membaca, ilmu ku masih jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan ilmu mereka..
Walau sezuhud mana pun aku, terlebih-lebih zuhud lagi mereka!



Kalian,
Berdampinglah dengan hamba-hamba Allah yg membuat kamu rasa tidak cukup..
Bukan tidak cukup kaya atau cantik di luar..tidak..
Tapi yang membuatkan kamu rasa tidak cukup baik, tidak cukup bijak, tidak cukup istiqomah, tidak cukup ikhlas, tidak cukup bersyukur, tidak cukup usaha untuk mendekatkan diri pd Allah!

Carilah hamba-hamba Allah ini, hamba-hamba Allah yg sentiasa membuat kamu mensyukuri nikmatnya kerana walau dengan dosa-dosa keji yang telah dilakukan, Allah tetap memberimu nikmat-nikmat yg kamu sendiri tidak dapat beli dengan amalmu!

Pegang, pegang eratlah hamba-hamba Allah ini, kerana mereka inilah bakal penghuni syurga..Mungkin jika aku tidak layak dimasukkan ke dalam syurga, sekurang-kurangnya aku sudah melihat penghuni-penghuninya di dunia ini...

"Selemah-lemah manusia adalah manusia yang tidak dapat mencari sahabat,danorang yg lebih lemah dari itu adalah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"- Saidina Ali.. 



Wednesday, June 12, 2013

Kenapa manusia perlu AGAMA?







Pernah tak anda tefikir kenapa diri anda perlukan agama?
Boleh ke manusia hidup tanpa agama?well, kalau kita tanya Atheist pasti dia kata boleh.
Even ramai je golongan atheist ni yg hidup lebih bahagia dari mereka yang beragama.
Tapi bahagiakah mereka? dan "beragama" kah orang yang claim themselves as beragama tu?

Now jom kita sama2 go through the reasons behind my argument for YES, WE HUMAN NEED RELIGION. (maybe this might help us in confronting the atheist later inshaaAllah..)


BAD AND GOOD PEOPLE
Adilkah bagi kita untuk fikir that at the end of the day, pembunuh,perogol dan seorang cikgu sama-sama mati and dimamah bumi just like that ? Like whatever they did, and whatever they have made an effort on earth was not even valued? Plus, how can we know that those people who were found guilty were really committing those crimes? and how do we know some of those politician, lawyers, teachers are being fair and  nice at all time? and yet, despite whatever they did, their efforts or crimes are only rewarded/punished when their efforts are obvious in the eyes of the society?

KESEDARAN SENDIRI
"eh, org buta tu ada RM5 lah dalam beg dia. Kalau aku ambil pun dia bukan nampak.Aku terdesak ni tak makan lagi"-Ahmad
"Org buta tu mmg la tak nampak tp Allah nampak, Mad!"- Abu 
Orang yg benar-benar beragama (bukan beragama sahaja tp BENAR-BENAR beragama) pasti akan fikir atleast 2 kali sebelum nak buat sesuatu. Fikir diri sendiri dan juga fikir tentang Allah. Yes, mungkin kita akan kata undang-undang juga akan membuat kita fikir dua kali, tp macam mana kalau kita di satu bilik, kebetulan berduaan, tidak ada sesiapa..kira "line clear" kalau buat apa-apa pun gerenti tiada org lain perasan..org yg benar-benar beragama akan rasa takot dan cuba untuk keluar dari bilik tu kerana dia tahu jika dia buat yg x senonoh perbuatannya itu lambat laun pasti akan dihukum oleh Allah!, tp kalau org tidak atau tidak benar-benar beragama pasti tak kisah, tulah yg tup tup ada yang tetiba hilang jumpa-jumpa dah dibunuh last2 polis x jumpa pembunuh and org jahat tu pun hidup di luar sana xdapat dikesan..sebab apa?sebab manusia ni tak berupaya seperti Tuhan!Jadi, dengan adanya kesedaran manusia terhadap konsep neraka dan syurga manusia akan mempunyai kesedaran sendiri dalam bertindak.

MANUSIA BUKAN HAIWAN
Why we humans have the ability to think?innovate?create?design?and so on. Senang cerita, kenapa manusia sahaja spesis dalam dunia ni yang dikurniakan akal untuk berfikir rather than just living like animals? Why? There must be a reason tak? Even if we are talking about the so called evolution of animals, why are we in the end have the ability to think?and What is actually the purpose of our ability to think? To me, we have been granted with minds and brain not only to realize on how to live sustain-ably but also to think and be grateful to our Great Lord, Allah swt! That's why in Islam, Allah tidak memaksa manusia untuk berimam kepadaNya rather He says manusia diberi akal untuk memikirkan tentang ciptaan-ciptaan Allah dan kejadian-kejadian sekeliling untuk menyedari hakikat kehebatan pencipta itu dan akhirnya dapat bersungguh-sungguh beriman dengan Allah.


Sesungguhnya Kami telah memuliakan Bani Adam(manusia) dan Kami tempatkan mereka di bumi dan di lautan serta Kami berikan kepada mereka dari jenis yang baik-baik. Dan Kami berikan mereka banyak kelebihan daripada makhluk-makhluk lain yang Kami jadikan.-Al-Israa':70

Tidak ada paksa dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui-Al-Baqarah:256
Sebenarnya, banyak je lagi argument boleh letak..tp I think it's enough for now.Panjang-panjang pun xlarat nk baca kan (padahal diri malas nk type XP)...hee...
So, hope that helps bila lepas ni ada Atheist gtau hampa, "I dont believe in God and religion"
lagi-lagi kalau dia kata "because of religion, we have war" --statement mainstream--then, silalah tarbiyah atheist tu sikit, eh bukan sikit, tarbiyah banyak dengan harapan dapat tarbiyah diri sendiri samaa..hehe

ps: perasan tak saya banyak kata "benar-benar beragama", yes seseorang mungkin beragama pada nama tapi dalam kehidupannya sendiri dia tidak mempraktikkan apa yg agamanya ajar seolah-olah dia tidak beragama..T.T



Sunday, June 9, 2013

A.N.G.A.U





Angau.
Aku rasa semua manusia dalam dunia ni pernah mengalami penyakit angau ni.
Yes, even Ustaz, Ustazah, or whoever!

Even aku pun ( derr kalo ustazah pun boleh experience, aku lagi lah!)

First of all, let me explain the definition of Angau.
To me, its like a disease yg sangat2 bahaya. Angau yg berlebihan akan membantutkan tumbesaran spiritual dan mentally.
Ia adalah tentang ketaksuban or kecintaan terhadap manusia yg berlebihan.

Ok. now that I have define the definition of Angau (according to my dictionary of life experience) I wanna share my story.

As any usual weak human being, I had this virus before in me.
It was terribleeeee I tell you.
Almost every single moment I will think about it..what should I do..what's the SOLUTION? when?how?
Sampai I felt that my brain was tired, exhausted just thinking about it.
Don't get me wrong,I did not want to think about it. I was in a state where I wish I had temporary mind lost disorder so that I could at least forget about him.
But AlhamduLilah, I was still in a state where I could manage my feeling, I did not tell people around on the social network about him. Rather, I kept myself in silence for a while. pfft.
I hate it. I hate it when I angau.

BUT. You know what, Allah says:

"Hai manusia, tenangkanlah dirimu, sesungguhnya kalian bukannya berdoa pd yg tuli dan tidak pula kepada yg gaib tetapi kalian sedang berdoa kepada Tuhan yang Maha Mendengar lg Maha dekat. Dia selalu bersama kalian.(Riwayat Bukhari dan Muslim melalui Abu Musa r.a)"

I cried. I prayed.

I cried because I was aware that that feeling actually astray me from thinking of my Lord.
I cried, because I felt that my daily life was not normal anymore.
I cried, because I felt that I was tied to an invisible rope.. I lost that freedom. For one to gain happiness one needs to get herself free from fear.

So there I was, living in angau.

However, AlhamduLilah..berkat aku berdoa dan guide from dear friends..I managed to concurred myself back!

Firstly, we MUST NOT give up in doa. DOA DOA DOA..pray!pray!pray! Cry to Allah, tell Him everything (even when He already knows), Beg Him! Beg Him for His help and guidance because He has promise to help us in whatever circumstance and because Allah is with us all the time.

Secondly, get the right people to advice. AlhamduLilah I have been rewarded with such lovely, dearly friends whom never fail to touch my heart even when their statement sentap me sometimes. But I believe, that's what I need. True friends sentap each other for good reasons. :)

Thirdly, make yourself busy busy busy! Go to the Facebook pages and look for events yang berunsur ilmiah dan fun. Always text your parents and friends when you are feeling lonely, ask them for any interesting event coming up. Have a good discussion on anything that can reminds us of Allah. Read books. Preferably books that will bring you closer to Allah.

Fourthly, we must think forward. If he is the one for me inshaaAllah I will be with him. But if he's not, then Allah knows best. Islam doesn't denies our nature to love and care, but true love is the one that will make you happy and CLOSER to ALLAH swt.

" Jodoh tak pasti, Mati itu pasti"-Hilal Asyraf

 ..Semoga kita dalam kalangan yg sentiasa mengingati kematian sesungguhnya kematian itu PASTI..






Sunday, May 12, 2013

Andai


Andai hidup ni kita yg atur, bagaimana agaknya?
Andai segala yg kita inginkan kita dapat, bersyukurkah kita?
Andai mata tidak dapat menahan airnya, bagaimana agaknya?
Andai bibir tiada lagi zikir , tenangkah kita?
Andai fikiran kita boleh dibaca, bolehkah akhirnya kita memahami?

Hidup. Bukan kehidupan bagi ku bila tiada satu hari kita termenung jauh tidak dapat memikirkan apa-apa tetapi satu masalah itu..
Bukan kehidupan jika kita sentiasa mendapat apa yg kita mahukan..
Betapa banyak kadang-kadang kita mencuba, kita jatuh dan jatuh ..
Kadang-kadang kita sangka kereta yg dipandu tidak akan terbabas lagi, tapi rupa-rupanya ada simpang tajam di hujung jalan..
Senangnya diri kadang-kadang menasihati, susahnya diri untuk menjadi..

Orang kata jangan turutkan hati..
Tapi, apa jadi andai kita tidak ada hati?
Turutkan saja hati, memang sudah lumrah jika baik seketul daging itu baiklah seluruhnya..jahat seketul daging itu, jahatlah seluruhnya..
Pada aku, memang hati perlu diikutkan tetapi didiklah hati terlebih dahulu nescaya hati akan meminta yg baik-baik sahaja..

Andai satu hari kita mati, bersediakah kita?..

Thursday, April 18, 2013

Islam, Poligami & Wanita

Bismillahirahmanirahim..
Hari ini saya ingin menyentuh isu yg slalu "dipanas-panaskan" apabila masyarakat berbicara tentang Islam.
Apakah isu itu?
"Oppression of women in Islam" dan yg paling hangat dibicarakan berkaitan dgn topik berkenaan ialah konsep poligami dan aurat.

Tapi di sini saya ingin menyentuh konsep poligami.
Adakah benar ia merupakan satu sunnah?

Ketua Ulamak Sedunia, Professor Sheikh Dr Yusof Al-Qaradawi dalam bukunya "Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idam-idamkan" berkata:
"Asas yang mendominasikan dalam sesebuah perkahwinan yang sebenar ialah seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan. Ini lebih dekat dengan prinsip Mawaddah, Warahmah, dan Sakinah, kasih yang focus, tak menyakitkan dan tidak disakiti"

Dari segi Fiqh Al- Aulawiyat , fiqh keutamaan, kawin 1 lebih utama dari berpoligami.

[Fiqh Al- Aulawiyat : meletakkan suatu pertempatan dengan adil. Dalam kata lain, sesuatu yang tidak penting tidak wajib dipentingkan. Prioritization ]

Jadi Poligami itu sebenarnya Rukhsah.

[Rukhsah: Keringanan apabila ada masalah dari segi individual atau masyarakat]

Individual seperti isteri tidak bernafsu, tidak sihat dan sebagainya.
Masyarakat seperti peperangan, perempuan terlampau ramai dari lelaki dan sebagainya

Kalau lelaki sekarang kata berpoligami itu sunnah, dia tidak tepat. Apakah itu sunnah? Sunnah adalah cara atau kebiasaan, perkara2 yang Rasulullah saw biasa lakukan. Dalam buku Sheikh Yusof Al-Qaradawi, beliau menjelaskan bahawa Rasulullah berpoligami pada lebih kurang 10 tahun akhir jangka masa hidup baginda, manakala selebihnya Baginda tidak berpoligami. Jadi, beliau menjelaskan bahawa kebanyakan masa Rasulullah fokus pd perkahwinan bukan poligami.

Apakah benar Islam tidak memberi hak pada para wanita?

Jika lelaki mempunyai hak untuk berpoligami, wanita juga mempunyai 3 hak dalam isu poligami. Seorang perempuan mempunyai hak untuk:

- Merelakan dirinya dimadukan
- Melindungi poligami dengan menjelaskan pada mahkamah bahawa dia takut ia akan memudaratkan dirinya, anak-anaknya dan bakal isteri baru jika suaminya berpoligami
- Hak untuk membebaskan

Hak untuk membebaskan ini terbahagi kpd 2 iaitu:
- isteri boleh mengenakan syarat Taqlid iaitu ibarat "menyediakan payung sebelum hujan" syarat sebelum bernikah

- Dan jika Isteri takut mengingkari nikmat Allah, tidak dapat lg mematuhi suami iaitu tidak dpt lg menegakkan hukum Illahi lagi bagi seorang isteri pd suaminya, dia boleh minta untuk diceraikan. Perkara ini tidak salah dan tidak asing kerana bahkan isteri Tsabit bin Qais juga pernah bertemu Rasulullah saw dan mengadu kepada Baginda tentang hasrat suaminya dan kerisauannya untuk tidak mampu taat pada suaminya itu, maka Baginda menyuruh isteri Tsabit ini memulangkan kebun yg merupakan mahar perkahwinan meraka pd Tsabit. Kemudian gugurlah talak pada mereka" (Hadis Sahih Riwayat Al- Bukhari)

Para pembaca sekalian (ewah bajet cam ramai, tp kalo ramai AlhamduLilah semoga ramai yg dpt sy berkongsikan ilmu)..

Ilmu-ilmu yg baru sy kongsikan td, bukanlah sy mereka-reka, tp sy petik dan rumuskan dari ceramah Ustazah Fatimah Syarha yg comel lagi solehah..huhu..semoga Allah memberkati beliau dan keluarganya.

Islam itu adil. Allah memahami fitrah ciptaannya. Jadi, tak mungkin tuhan yg maha Agong lg Maha Penyanyang tidak memahami fitrah wanita yg berjiwa halus dan lembut ini kan?
Kerana itulah pentingnya kita sebagai seorang Muslim zaman skrg mengumpul sebanyak ilmunya supaya kita tidak tertipu dengan pemikiran Capitalist dan Orientalist Barat. Juga supaya kita sendiri tidak melakukan fitnah kepada Islam itu sendiri.

Islam tidak pernah akan memaksa wanita. Islam tidak zalim malah ia sangat melindungi dan kasih terhadap wanita.

"Oh Muslimah, Allah cinta padamu, Rasulullah kasih pada mu" 





Hayatilah lagu tu wahai Muslimah.. :')


PEACE yaw! -.-v

Assalam wbt.


















Wednesday, April 17, 2013

Jaga Diri, Sayang Allah.

ok so hari tu Dr. Muhaya kata..
 "kalo kita x jaga kesihatan kita, diri kita, means kita x syg diri kita sendiri"
"dan siapakah yg menciptakan diri kamu?"
"Allah lah yg menciptakan diri kamu"
"Jadi jika kamu x syg diri kamu, bermakna kamu tidak sayang penciptanya"

uhuk. Terkedu sebentar.

Teringat segala nasi lemak, laksam, chicken chop, cheese cakes yang aku dh lahab selama ini
Kalo before ni aku cam, "alaa cantek tu subjektif, buat pe nk susah2 jaga badan segala"
Hari ini aku akan mengubah persepsi tu dan meletakkannya pada yg betol iaitu "ok aku kena jaga badan, makan makanan2 yg berkhasiat or atleast mkn makanan2 kurang berkhasiat pd kadar yg berpatutan shj BECAUSE aku xnk menghampakan Pencipta jasad ini!"

Kalau before ni aku cam "tutup telinga" bila mak suruh jaga makan and all sebab aku selama ini stick to a prinsip- "Ma, we only live once"..hari ini, aku sudah menukar prinsip kepada "OK, aku kena jaga kesihatan dan permakanan sbb aku tidak mahu pencipta jasad ini hampa dan....................untukbakalsuamitercinta"
Tak nak la skrg chantek, bila da kawin perut membuncit en.
HOHO

So, sejak Dr. Muhaya ckp catu..setiap kali aku nk makan lebih2 macam ada suara yg bercakap pada aku yg berbunyi cani...

"HOIIIIII, kau tak sayang ke pada Pencipta jasad kau ni?? Kau sedar tak jasad ni dipinjamkan pada kau..dan satu hari Kau harus pulangkan padaNya...dan Dia akan tanya pada kau ttg macam mana kau jaga jasad yang dipinjamkan ituu"

Haa, semua tu aku cam terfikir dalam 1 saat ..gitooh

So, skrg as a start aku cam made a list for how should I take care of my health:

1) Eat oats at least once in 2 days
2)Drink Plenty of water! (Atleast 2 (500ml) bottles+ 5 glasses of plain water a day)
3) Minimize rice intake
4) Drink herbal tea for detoxification (Gitooh)

Not much, but hey could be a start kan?
I guess in life, your Niat on things you are doing is important..
How you think about it and in what kind of perspective is important to lead you to do certain things.

If before this I thought "well, this is my body and I shall do what I think I should with it" , now it has changed to "This body is ALLAH's, I have to take care of it " 

When I'm thinking this way, I am oblige to take care of myself
Plus, motivated since I am taking care my own body and health for the One I love most and for ...wellmyfuturehusband. TEEHEE







Tuesday, April 9, 2013

Perubahan ini

Lawak kadang2 bila dengar balik kata2 sahabat yang mengungkit kembali babak2 pertama pertemuan kami.huhu
Bukan apa, kebanyakan impression pertama mereka terhadap aku cam frustrating jugak lahhh.haha
Tapi, macam mana pun aku tak pernah menyalahkan mereka. Infact, aku faham benor2 kalau itulah impression pertama mereka terhadap aku 3 tahun dulu.
Ada yang tanya, macam mana aku berubah?
Chop! Berubah keeer?hohoo

Well, aku mengakui aku dalam keadaan yg lebih baik sekarang berbanding dahulu.
Tetapi ini tidak membuatkan aku lebih baik dari semalam atau dari manusia2 sekelililing aku!

Kenapa?
Iman aku tidak selalunya teguh, aku akui ada kalanya diri ini terbabas juga T.T
Terlepas juga kata2 yang menyakitkan hati org
Bertikam lidah juga kadang2 dengan ke2 org tua ku..
Aku akui, aku tidaklah sebaik mana..
Tetapi yg pasti, hati aku sekarang lebih tenang..
Aku berasa dikasihi dan tidak kisah untuk mengasihi tanpa meminta-minta untuk dikasihi balik..
Aku lebih mudah menerima teguran, musibah dan ujian berbanding dahulu..
Dan hampir setiap kali melakukan setiap perkara, aku akan memikirkan ttg balasan yg akan menimpa aku..

1)Saat Mula2 Berubah (Mencari Hidayah, Bukan Menunggu)

AlhamduLilah, aku dibesarkan oleh ibu bapa yg kuat pegangan agamanya. Namun, "Iman tidak diwarisi". Abah dan mama letih menyuruh aku menutup aurat, dan sebagainya tetapi waktu itu aku hanya memikirkan ttg diri sendiri dan keseronokan duniawi semata-mata.


[Hidayah Allah itu tidak akan datang tanpa diundang. Bukan Hidayah yang mencari kita, tetapi kitalah yang harus mencari-cari Hidayah. Bukan Hidayah yg menunggu kedatangan kita, tetapi kitalah yg harus mengetuk Pintu Hidayah !]

Walaubagaimanapun, aku bersyukur kerana Allah telah menjadikan aku manusia yg curious . Manusia yang suka menyoal dan memerlukan explanation untuk segala yg disuruh. "Kenapa?kenapa?" selalu menjadi persoalan.
Aku tahu, agama ini pasti lebih dari sebuah kewajiban shj. Agama ini pasti mempunyai motif!
Setiap perkara yg disuruh bukan hanya "Well, because Allah xsuka/suka" but there must be a solid answer for them.


Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya yang mencari2 cahaya hidayah...

2)Perjumpaan (Hidayah mencari kita)

Apabila kita mencari, Hidayah itu akan tiba meskipun kita seorang kafir!
AlhamduLilah, aku telah terbuka hati untuk mengikut sahabatku ke usrah pada satu hari itu..
Pada mulanya, tujuan utama aku ke usrah adalah untuk mencari kawan baru..hee
Tetapi alhamduLilah, sejak itu aku menjadi tertarik dengan isi kandungan usrah ituuuu
Bukan sahaja medium untuk berkongsi ilmu, tetapi disitulah tempat meluahkan perasaan, bermesra, dan berhibur. wuwuwuu

Finally, usrah menjadi medium permulaan untuk aku mendapatkan jawapan-jawapan yg sudah lama aku tunggu .

Apabila kita mencari Hidayah, Hidayah juga akan mencari kita..

3)Ketenangan

Aku tidak pasti bila specifically aku mula merasai ketenangan.
Tenang meskipun aku tidak berkapel, tenang meskipun musibah melanda..
Namun, aku akui..terdapat masa hati ku menjadi serabut, gusar dan gelap. T.T
Itu bermakna aku sudah jauh dari Tuhanku..
PAUSE!Berhenti seketika, menangislah sepuasnya...dan meminta maaflah drp Allah..gerenti! ketenangan akan dirasai semula..

4)Percaya

Percaya kepada Allah dan berbaik sangkalah kerana setiap perkara yg berlaku itu pasti ada hikmahnya. Jangan sesekali kita bersangka buruk pada Allah kerana takut Allah akan "memakbulkan" segala sangkaan buruk kita walau pada mulanya xder apa2 pun!

Tapi, hanya bila kita memahami baru kita dapat mempercayai..
Dan..apabila kita mencari, baru kita dapat memahami..

Paling penting, berubahlah STEP BY STEP..
Perubahan tidak bermakna dari pakai skirt esoknya terus pakai Niqab!
Niat harus betul !

k, dats all uols. Aku xder la baik sgt pun..like I said, aku akui yang aku dalam keadaan yg lebih baik skrg..tetapi itu tidak semestinya membuatkan aku cukup baik, lebih baik dari semalam dan lebih baik dari manusia2 sekeliling aku.










Monday, April 8, 2013

Lagu-lagu kita ^^



Korang ada tak lagu-lagu yang apabila korang dengar, teringat seseorang atau tempat..atau keadaan pada masa itu?
haha..aku ada..

Bila aku dengar lagu2 Rossa..aku teringat time summer course..hari2 aku dengan wani..lol
Bila aku dengar Tentang Rasa, aku teringat rumah manis rumah cooper ..and aku teringat unit Company Law!haha
Bila aku dengar Party Rock Anthem plak..aku teringat kat Yaa! hahaha..well,kita 2 je yg tahu kenapa :P
Bila aku dengar lagu Beauty and the Beat, Aina akan muncul.hahaha
Bila dengar lagu Teman Sejati pulaa, teringat Kak Eny and Kak Ana pada waktu kita sama-sama cuba menjawab soklan2 Math ..huhu...*tgh2 stress pun sempat feeling2 lagu teman sejati..*
Bila dengar lagu I dont wanna miss a thing plak, teringat .....

oh byk sangat la lagi sebenarnya..!
Tapi buat masa ni, tu je list lagu yang terlintas dalam fikiran..heee

I hope I will always remember..
Walaupun lah kan lagu2 xbaik dgr byk2, tp well..aku rs xsalah kalo lagu-lagu ni mengingatkan aku pada insan2 yg aku sgt kasihi ..
Atleast, terubatlah sikit rindu di hati..gituuu

Kepada semua sahabat2
Ana kasih pada anda-anda Lillahitaala!
Saya harap korang jaga diri baek2 ..
Maafkan lah segala salah silap..
Halalkanlah segala makan mimum kalo2 ada terambil..
Redokan segala ilmu yg telah dikongsi..huhu

<3


Thursday, April 4, 2013

Baby yang berfikir

Semalam masa aku lepas solat, aku cam teringat kat baby Hadhiwaaa.. *ohtersengatcomehnya*
Pastu aku cane tah boleh teringat kat gambar baby2 dalam perut mak dia tu..alaaa2 ..yg ni.....


Rasa2 kita baby yang mana?huhu..harap2 bukan yg Atheist tu dak?!
klah aku panggi baby Atheist tu comot n baby yg bertanya tu comel.

Disini, comel menanyakan comot ttg kewujudan ibunya, 
pastu comot jawab "come on lah brother, mak tak wujud lah..i mean come on, pernah ke kau tengok mak?"

Comot ni xfikir ke dia di mana? Macam mana dia terwujud? Siapa yg bg dia makan?
Siapa yang lindungi dia? Dari mana dia mendapat udara? dan so on
Senang citer, comot ni mmg pikir pendek or tak pikir langsung. -.-


" Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir."(al Ra'd : 3)

Dato2, Datin2, Tuan2, Puan2, dan sehabat handai sekalian *bajetdatodatinnakbaca* uols,
Adakah kita termasuk dalam golongan kaum yang berfikir?
Sejauh manakah kita berfikir? Sejauh mana kita sedar yang kita adalah hamba! Hamba yg bergantung pada Allah yang menciptakan segalanya!Tanpa udara, makanan, dan segala nikmat dariNya mampukah kita hidup sekarang ini? wujudkah kita tanpa Nya? 

Janganlah kita jadi cam comot, well...atleast comot ada la gak peluang tuk betulkan persepsi dia bila dia dilahirkan nanti,,
But us?  mati is mati..no turning back! 

" Dan mereka (para penghuni neraka) itu berteriak di dalam neraka itu: “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (ke dunia), niscaya kami akan mengerjakan amal yang soleh berbeza dengan dahulu telah kami kerjakan.” (Faathir: 37)


We must think! so that we Remember!
We must think! So that we are grateful for what we have! 
We must think! So that we are always depending on Allah swt! 
We must think! So that we never give up on His rahmat!
So that we submit as His servants.
So that we will not regret on the Judgement day.

Berfikirlah!

Tuesday, April 2, 2013

Kenapa tak terus sambung master?

AlhamduLilah aku dh selesai dengan degreeeeeee..syukur2!
So bila dh grad ni soklan paling common is, sambung belajar ke keje ke kawen? EH.

Ada yang cakap "belajarlah, mudo lagi tuu"
Ada yg ckp " keje je terus! pastu kawen" EH

Sekarang nk habaq mai yg aku chose to kerja temporarily just for experience sake sebelum aku sambung study inShaaAllah kalo ada rezeki..(ok I REPEAT - KALO ADA REZEKI)

So skrg ni, aku tgh kerja temporarily kat PKNS. 
Ada yg tanya nape PKNS?
haha..why not PKNS? 
Aku actually bangga la gak en dpt keje kat PKNS ni hehe sbbnya ia merupakan salah satu firm yg byk membantu dlm pembangunan Selangor yg konon2 org kata the richest state in Malaysia. (yeker?)
Basically bukan aku xnk keje kat BIG 4 tapi memandangkan aku ingat nk keje jap je and aku xder keter sendiri yet and situation rumah skrg yg cam xder org nk jaga cuz bibik dh lari  -.-"  ..aku pun chose to cari kerja area Shah Alam jela. AlhamduLilah sebab last2 dpt kat PKNS (HPAIC Tower) yg cam belakang rumah je haa . Tapi tu pun 30 min gak la nk sampai kalo traffic jam di pagi hari. Bayangkan kalo aku kerja EY (Ernst & Young)?!
Tu baru takat belakang umah 30 minat jem! 
Aku hingat lagi hari tu 2 JAM aku stuck dlm jem masa nk g EY tuk employment interview (which last2 I told em' not to proceed my application cuz cam rasa jahat plak kalo tipu yg aku nk keje tetap padahal keje baper bulan je heh) 

So, ramai gak pelik (bajet ramai) nape aku nk susah payah keje dulu baru nk sambong padahal depa tau rindu aku pada Uni life menggunung!

So here are the reasons:

1) Aku tak pernah ada experience langsung buat bisnes/account/finance kat Malaysia. Sebab dulu aku dak pure science and hbs SPM teruh fly ke Australia. So aku hanya study account/bisness/economics/finance based on Australianya cara. Kita sume taw en Australia tu advanced country and kita ni developing country, so ofcoz la ada perbezaan di situ. 

Cara komunikasi dan persepsi dan environment keja Australia and Malaysia pun berbeza kot. Terms2 account yg diguna pakai pun ada yg lain. 

Aku tak kata "Kalo catu sia2lah aku study kat Australia catu!"..oh Tidak2..
Byk je persamaan antara cara kerja Australia and Malaysia bila aku dh kerja ni..
Cuma tulah, I just want to learn from Malaysian perspective plak uols.

2) To add on my CV. Aku bukanlah student yg hebat sgt pun, so bagi aku working experience actually lagi membantu daripada mempunyai berpuluh2 education certificates tapi tak pernah keje. To me, tempat kerja dpt mengajar aku byk perkara yg University xdpt ajar. Contohnya, cara bercakap, formality, isu semasa, etc etc. Malah, bila kerja kita berpeluang untuk meluaskan network kita. Haaa.
Lecturer aku pnah la habaq kan, sebenarnya kejayaan kita dlm kerja nanti 70% depends on network kita ngan org, 20% depends on pengetahuan kita pada undang2 dan isu semasa, and lg 10% dari apa yg kita study masa Uni.(PFFFTTT penat2 aku study 10% je?! takpa2..kalo kita study Lillahitaala, ilmu kita akan dikira 100% oleh Allah swt!)

3) Well, aku rindu to be with my family and my country ni. Dh cukup lama dh aku kat Australia (k cam poyo je cuz xdeerla lama sgt kalo baru 3 tahun setengah). Aku rasa apa salahnya aku be here again with my family before aku balik mengejar cita2 gituww.

kk.tu je. *bajetadaorangkisah*

Assalam! 
oh ps: Isteri Hilal Asyraf baru melahirkan puteri sulung mereka!! wah3! AlhamduLilah. baby so comeh! 

Monday, April 1, 2013

Perth


..


Bunyi telefon office berdering2..


Persekitaran tidaklah sesebuk mana tetapi semua seperti khusyuk melihat screen PC..
Sebuk bekerja mungkin...atau ada yang melayari laman2 sesawang seperti aku sekarang..huhu

Di dalam semua itu,
Aku seorang tenggelam dalam mimpi separa sedar ku ini..
Merenung ke jendela,aku teringat hirupan udara segar semasa aku di bumi kangaroo itu.
Bunyi kereta yang sesak disini digantikan dengan bunyi burung-burung comel yang berkicauan di sana..
Pokok2 seperti melambai-lambai bersorak setiap kali aku pulang dari University,

Angin seperti membelai-belai cuba bermanja dengan ciptaan Illahi ini,
Air yang tetap sejuk dan nyaman mahupun bila udara panas membakar diri

Sungguh ini bumi tanah tumpah darah ku yang paling ku cintai,
Tapi terdapat lagi satu bumi di dunia ini yang hatiku mungkin selamanya akan terpaut di situ,

Bukan kerana keindahan bumi itu sahaja yang telah menjerat hati ini,
Tetapi..
Tetapi di bumi itulah aku diajar untuk berdikari
Di bumi itulah, aku buat pertama kalinya berjauhan dengan keluarga tercinta
Jika aku bak puteri di sini, di bumi itulah aku di layani bak seorang kelasi Nakhoda...


Itulah! Itulah bumi yang telah menyaksikan perubahan diri ini,
Itulah bumi yang telah ditakdirkan untuk mendekatkan aku lagi pada Pencipta kami.

Di situlah aku berjumpa dengan sahabat-sahabat sejati..
Di bumi itulah aku bertapak setiap hari untuk menimba setitik dari ilmu Illahi..

Iye..
Bumi Malaysia ini tanah tumpah darahku..
Tetapi sebahagian dari hatiku sudah terjerat di bumi kangaroo itu.




-Perth, Australia-











Monday, March 18, 2013

Kawan Baik


Pernahkah anda berasa kesunyian? Kerana anda tidak mempunyai gf, bf, bff, bffa (best fren for a while), awek, pakwe, ceweq, geng, member taiko dan apa-apa yg sama maksud dengannya?

Jangan Runsing lagi!

Kerana sekarang saya ingin katakan pada anda yang anda mempunyai kawan baik sejak azali!

YAAA..kawan Baik sejak azali uols.

Bukan nak kata, “penjaga” dari nenek moyang ke pe..tu creepy but Dia ada semasa kita sedih, kita gembira, marah, dan sebagainya.

Panggil je Dia, dan dia akan dengar. Dia mmg invisible! Tapi Dia mmg sangat power!

Tak payah susah2 nak habiskan kredit call, panggil nama Dia dan Dia akan datang lebih pantas dari Superman, Spiderman, Batman dan sekutunya.

Tak payah nak belanja makan, Dia yang bagi makan 24 hours!

Tak payah nk minta Dia janji “promise me , you will never leave me” sebab memang  GERENTI Dia takkan meninggalkan kamu!

Paling best dan “tacing” , walau kadang-kadang kita lupa kat Dia, marah kat Dia, ignore Dia..Dia tak pernah sekali pun nak emo dengan kita.

Selagi hayat dikandung badan, Dia sayang kat kita..dia bagi dan bagi dan bagi…Dia cuma akan uji kita bila kita dah teruk sangat supaya kita tak harm diri kita sendiri dan kembali membuat kebaikan.

Kira Dia mmg selalu nk kita bahagia.

Dia tak minta apa-apa, bahkan buat apa Dia nak minta kalau Dia dah ada segalanya!

Dia cuma minta kita jaga diri kita sebaiknya…   :’)

Sahabat2..
Dialah, ALLAH SWT!AR-RAHIM.


Sunday, March 17, 2013

Mengaku JELAHHH

Susah betul nak mengaku salah sendiri!
Huwaaaaa. Kadang-kadang tu mmg obviously dah taw salah kita, tapi ada je benda yg akan dikeluarkan dari mulut ini untuk memanipulasikan keadaan, (gitooh" memanipulasikan")

"Eh , babah kata sunday star ke? oh ingat Sunday Times tu Sunday Star"
"ISH, bukan tu maksud Dhamirah la mama"
"Ish, no, Mmg saya yang kena jalan, tu mmg jalan saya! ok"

kaykay..sangat LAME bila fikir balik. Mmg terang2 kita sendiri salah, nk denial plak.
Kenapalah susah sangat nk cakap "ok..sorry.."

Adakah sbb EGO?

Hish. Allah tak suka. Nabi pun tak suka. Manusia lagi lahh.

Must change. Must improve.

WE MUST LEARN TO ADMIT OUR OWN MISTAKE.

>.<


Wednesday, February 27, 2013

Masalah.Masalah.Masalah.


Aku fikir .
Apa pulak baju nak pakai esok?
Tudung apa yg matching?
Minyak keter dh nak habis. Cukup ke tuk balik nanti?
Perlu ke aku minta maaf dari mama? Salah ke aku?

Aku fikir.
Siapakah Jodoh aku? Dia kah?
Banyaknya Pinggan di dapur yg kena basuh
Kain xlipat2 lagi
Malam ni aku patut masak atau beli je dari Kedai?
Baju untuk kenduri x ada lagi. Mcam mana ni?
Kasut yg sesuai?
Malam tadi aku x cukup tidur, habislah eye bag lagi.

Allah! BANYAKNYA MASALAH!

Tiba-tiba lagu “so soon” by Maher Zain berkumandang.
Mungkinkah ini salah satu cara Allah memberitahu aku, “wahai Dhamirah, benarkah kau  mempunyai masalah?”
Tetiba aku malu pada diri, betapa kecil masalah aku sebenarnya..
Macam mana agaknya saudara ku di Palestin? Rohingya? Syria? Africa?
Masalah mereka lebih berganda-ganda besarnya. Namun, tabah dan sabarnya mereka dijanjikan Syurga!
Bukan “nk masak atau beli” yg menjadi tanda tanya tapi “cukupkah makanan?”
Bukan pinggan mangkuk yg menjadi kerisauan, tetapi rumah..masih adakah rumah pada hari esok?!
Bukan “patut ke aku minta maaf pada mama?” tapi “masih adakah keluarga untuk dibelai esok?”


Sahabat, saudara saudari..
Apalah sangat masalah kita pada hari ini..

Renungkan.

"Jangan kata Allah aku punya masalah, tapi katakan pada masalah yang aku punya Allah maha segalanya! "(Saidina Ali bin Abi Talib)










Monday, February 25, 2013

Corporate


When I was a small kid, I wanted to be in the air force. Yes. Ganas indeed.

But, as I started to grow up, my parents have helped me in shaping my path and future.
Since my dad has been in the corporate world, he has shaped me in such a way that someday I will be in the corporate world as well.

Frankly speaking, that was not what I wanted in my life. I never ever planned that someday I will look at the companies reports, discuss about money, staying alert on what is happening on the world economy etc etc.
I had a big dream when I held my SPM certificate that is to be an aeronautical engineer. I don’t know why but the aeroplanes have fascinated me since young.

However, my dad’s dream was bigger.

Guess what, I like being in the corporate world. Talks about money, investments, millions/billions ringgit projects. Of course, I have not yet reach to that stage of making decision. However, I have experience helping the corporate to make decision even if it was as little as preparing the price summary.

Say you are driving by a building; some will be amazed by the design of the building and will ask “who is the Architect?”
Some will be amazed on the structure and strength of the building and ask “who is the engineer?”
But, who initiates it? A company.

Yes, we don’t know how to design a building in such a way it is beautiful in the eyes of the society.
Yes, we don’t know what to use as the foundation of a building.
But, a company has to know every story behind the building.

The architect must have consent from the company before proceeding.
The engineer must have consent from the company before proceeding.
All of that just to make sure everything is under control and as planned by the company.

Here, I am not saying that being in a corporate world is the best. Yet, I am just emphasizing that being in the corporate world has its own challenges and joy as well. 

Sunday, February 24, 2013

DO YOU HATE MATH? I DID


hey hey.
Have you ever got a D or an E or even C for your Math?
I HAVE!

Seriously, I once HATED MATH so much.
During those times, I wished and prayed that I will never ever ever be involve in numbers.

AND YET. TODAY. IT'S THE EXACT OPPOSITE.
why?because I rather be involving in Math than reading the whole book.
haha.
But how did that happen?

Firstly, I am thankful to God and mama for introducing me to a superb Math tutor.
His name is En.Badri. Since then, he is my favourite teacher.
He taught me that in Math, you must understand the concept!
You cant just memorize the examples.
Because in exam, the numbers and rules will be the same. In fact! The question will be the same, but rather than finding "x", they'll change it to find "x" in terms of "y".

Secondly, PRACTICE MAKES PERFECT.
Once you have understand the concept, it will be fun to practice again and again.
Until some point, you will get addicted to it.
You will feel the most SATISFACTION AND PRIDE when you are able to answer a question that your peers found it hard and almost impossible to answer. haha.

I use to fail Add Math terribly when I was at High School.
So then, I started to ask myself. Do you want to get an E for your SPM?! of course NO.
SO, I invented a strategy. (cewahh."invented" gitooh)
So here's what I did:

I knew that the exam paper consisted of 3 parts.
And for every part, the examiner has allocated the sufficient amount of time that we should spend on on each part. Say, 40 min for part 1...45 min for part 2

So every morning, before I started studying other subjects, I will give myself the recommended time to answer  one section/part.

So, if this morning I have done part 1 for 40 mins..tomorrow I'm going to do part 2..n the day after I'm going to do part 3..
then after that, I will repeat the whole process..again and again for each morning before I started studying others.
The reason is simple, it helps me to keep the pace and to trained my brain to be focus..
Its a good start to a day as well.

DON'T worry if you cant answer any question. DON'T panic. And DON'T give up.
ONLY check and compare your answers after you have finished answering a section.

In Shaa Allah!
by the time SPM, you are all ready! :)


ps: I am not trying to be bajet, I am not so good in Math myself..still needs lots of help.
Just sharing my experience during my days of studying for SPM.

ALL THE BEST! Man jadda wajadda 



DOA. USAHA. TAWAKALLAH






Wednesday, February 20, 2013

Manusia tidak punya perasaan.



Aku bangkit lagi, dari jatuh..
Melihat screen pc..cuba membaca proposal yg diberikan..
Aku cuba memahami tapi alangkah kesalnya, mata ku pada screen, namun fikiran ku melayang ke angkasa..
Aku bingung, apakah ini..

Tiba-tiba lagu itu berkumandang,
Aku teringat suasana pada waktu aku mendengar lagu itu..
Aman dan damai, bahagia bergelak ketawa dengan sahabat andai..
oh indahnya..
ke mana perginya aku yg itu..

Sahabat aku katakan yg aku tidak mempunyai perasaan,
oh aku tidak pernah tersinggung dengan kata-katanya,
Sebaliknya, aku mengiyakan ..
aku mengakui, itulah aku...manusia yg "tidak punya perasaan"

Namun, bagaimanapun..aku tetap manusia..
Lalu, hari ini..aku tertanya lagi..mengapa aku begini..
bukankah aku sepatutnya manusia yg "tidak punya perasaan"
mengapa fikiran aku melayang tah ke mana..

Puas.
Puas aku memujuk hati...
"Hati, tolonglah panggil fikiran tuk kembali.."
katakan padanya, sudahlah..jangan kau merayau lagi..

Aku manusia tidak mempunyai perasaan..
Tapi hari ini Allah telah mengajar aku,
yg Aku adalah manusia juga..
Dia meniupkan perasaan..
Menguji kekuatan imanku..

Aku manusia "tidak punya perasaan"
oh ya RABBI! oh ya Rahman! oh ya Rahim! o ya Allah!
sungguh, aku telah sombong dengan Mu,
menidakkan apa yg telah Kau anugerahkan..
berpura2 untuk tidak menjadi manusia biasa..
kerana sungguh....aku sebenarnya manusia mempunyai perasaan...

yaAllah..kembalilah aku pada masa itu..
masa aku bersama sahabat ku..
semasa aku rasa tenteram dan damai..
Ampunilah aku Ya Allah..

Sekian..

Yang sangat mengasihiMu,
Dhamirah
(Manusia yg mempunyai perasaan)

Friday, January 11, 2013

Muslimah ?Next Door?"





As I was browsing through what I have wrote for these past couple of days, I realized that the name of my blog is "THE MUSLIMAH NEXT DOOR" and I wonder ..
Pergh "Muslimah" keeer aku niyh?

Well,  "Muslimah" means a Muslim women.
It doesn't mean you are  a Muslim woman that is very nice, alim, warak etc2.
So I guess, when I use the word "Muslimah", I was just referring to myself as a Muslim woman.
Because I am proud to be one! yeay!alhamduLilah.
So, don't be annoyed by the word Muslimah, cause I am not refering myself as a reeeeaally good Muslim woman. Because I don't think I deserves to be called "warak", although I wish for it most of the time! T.T



Then came "The Next Door",
Well, that supaya kita semua rasa close to each other..
you know, like your neighbour next door..
A person, who is not related to you by blood, but has to care for you, tanya2 khabar..tegur, bagi nasihat etc etc..
Someone who would like to share nice stories with you..
Someone who wants to share her ups and downs in life..
That someone is me..

So, that's how I came up we the idea of giving my blog's name, "The Muslimah Next Door"..Hooray!