Tuesday, March 18, 2014

Allah lebih gembira menerima taubatmu!

"Akak, kalau kita dah bertaubat byk kali tapi tetap melakukan dosa itu, adakah maksudnya taubat kita itu sia2? Adakah ia  bermakna taubat kita itu tidak diterima Allah?"
Tidak adik, tidak! Taubatmu sentiasa diterima Allah swt. 
Wahai adikku sayang, jangan pernah jemu beristighfar kerana memang kita sebagai manusia tidak akan lepas dari berbuat dosa..
Jangan pernah putus asa dalam bertaubat kerana syaitan amat suka kita berputus asa dari rahmatNya,
Allah tidak akan pernah berputus asa dalam mengampuni kita sebagai hambaNya selagi kita benar-benar berusaha ingin bertaubat! Itu jaminan ku padamu! 

Wahai adikku sayang, bukan dirimu sahaja yang tetap mengulangi dosa yang sama walau sudah bertaubat seribu kali kerana akak juga begitu!
Lemahnya diri dan hati ini, Ya Allah hanya tuhan yang Maha Mengetahui..
Namun akak tidak akan mahu bersangka buruk padaNya, akak pasti Dia akan mengampuni akak selama mana akak bersungguh untuk kembali ke jalanNya yg benar, Jalan Menuju Syurga!
Sama juga denganmu, Dia sangat mencintai kita bukan?
Jika tidak, mengapa Dia dengan pemurahnya memberi kita segala nikmat tanpa kita meminta-minta?
Jika tidak, mengapa Dia tetap bersama-sama dengan kita tatkala kita lupa dan lalai daripada mengingatiNya?
Jika tidak, mengapa Dia tetap mencintai kita dan menasihati kita melalui ayat-ayat cintaNya dalam al-Quran?

Wahai adikku yang dicintai Allah,
Jangan pernah berhenti bertaubat..
Bertaubatlah dengan sesungguhnya..
Sesungguhnya, Allah maha mengetahui apa yang ada dalam setiap hati manusia..
Allah tahu apa yang ada dalam hati kita, wahai adikku!
Dan semoga, sekurang-kurangnya kita "dijemputNya" dalam keadaan kita sedang bertaubat ..



Menurut riwayat Muslim, “Sesungguhnya Allah lebih gembira menerima taubat hamba-Nya ketika dia bertaubat kepada-Nya, daripada kegembiraan seseorang yang mengendarai binatang tunggangannya, kemudian binatang tunggangan itu hilang di padang yang luas, sedangkan di atas binatang itu bekalan makanan dan minumannya hingga dia rasa berputus asa daripada menemuinya kembali. Lalu dia berteduh di bawah sepohon kayu dengan perasaan putus asa daripada mendapatkannya kembali. Dalam keadaan itu, tiba-tiba muncul di sisinya binatang tunggangannya yang hilang tadi dan dengan segera dia memegang talinya seraya berkata dengan penuh gembira, “Ya Allah, Engkaulah hambaku dan aku tuhanmu,” dia tersalah sebut kerana terlalu gembira. (Sebenarnya apa yang hendak disebut ialah Engkaulah tuhanku dan aku hambamu).