Thursday, April 10, 2014

Really people? Really?

Ok, so time tu saya di Guild Cafe. Niat nak beli flat White Soy. My favourite! (tak pnah try? bolehlah try)
Dekat cafe biznes skool ni adalah sorang makcik kat kaunter nih yang sangat friendly!
Boleh dikatakan setiap tudung saya dia puji. Tak kisah lah yang bercorak ataupun tak. Setiap kali jumpa dia akan cakap " Hi dear!Lovely scarf you got there". haha. (ok, mungkin nk being friendly je kot.)
Anyway, one upon a time..makcik frenly ni sembang jap ngan org depan saya dekat kaunter.
Conversation dia cani ...
" So, are you going to get an arranged marriage too?"-MakcikFrenly
                                                           "Yaa...I think I will too. It seems like that.."
"Oh...seems like its normal to have an arranged marriage in your religion ya?"-MakcikFrenly

                                                          "Yaa....."
Saya pulak yang kat belakang ni cam bermonolog dalaman seperti berikut,

" hah? lahh org depan aku ni Muslim ke. Ingat matsalleh. Mungkin westernized arab kot. Arranged marriage normal dalam Islam? hah? whaatttt. what the the. " (Semua cam berfirkir dalam 1 saat)

pastu tetiba,

"Are you going to get an arranged marriage too sweety?"-MakcikFrenly berpaling padaku.
   
And saya dengan perasaan tak bersalahnya berkata:

"No, I'm going to choose one for myself" (Sengih2) (cewah)
"I think it's not religion though, I think it depends on the culture"-( Suddenly conversation gets serious! haha)

OK. Nampak tak the important points dalam event nih?
Kadang-kadangkan saya rasa marah la jugak pada certain Muslims yang dengan xsengaja boleh menimbulkan salah anggap atau fitnah pd Islam tu sendiri. Contohnya disini, tak semena-mena nanti masyarakat akan ingat bahawa Islam itu tidak adil pada perempuan kerana perempuan takder hak langsung dalam memilih siapa bakal suaminya. Dahlah xder hak dalam memilih suami, pastu kena taat pulak dengan sepenuhnya?? REALLY?REALLY PEOPLE?

hm. Maybe bila kita xsure atau xtahu ttg sesuatu perkara tu, xpayah ler kita sesuka hati buat kesimpulan sendiri pulak. Bila xsure, cakaplah xsure je ataupun direct-kan soalan-soalan tu pada org yg lebih berilmu.

K. tu je.
Maaf kalo terkesar bahasa. hee. sekadar berkongsi pengalaman dan pandangan.



Tuesday, March 18, 2014

Allah lebih gembira menerima taubatmu!

"Akak, kalau kita dah bertaubat byk kali tapi tetap melakukan dosa itu, adakah maksudnya taubat kita itu sia2? Adakah ia  bermakna taubat kita itu tidak diterima Allah?"
Tidak adik, tidak! Taubatmu sentiasa diterima Allah swt. 
Wahai adikku sayang, jangan pernah jemu beristighfar kerana memang kita sebagai manusia tidak akan lepas dari berbuat dosa..
Jangan pernah putus asa dalam bertaubat kerana syaitan amat suka kita berputus asa dari rahmatNya,
Allah tidak akan pernah berputus asa dalam mengampuni kita sebagai hambaNya selagi kita benar-benar berusaha ingin bertaubat! Itu jaminan ku padamu! 

Wahai adikku sayang, bukan dirimu sahaja yang tetap mengulangi dosa yang sama walau sudah bertaubat seribu kali kerana akak juga begitu!
Lemahnya diri dan hati ini, Ya Allah hanya tuhan yang Maha Mengetahui..
Namun akak tidak akan mahu bersangka buruk padaNya, akak pasti Dia akan mengampuni akak selama mana akak bersungguh untuk kembali ke jalanNya yg benar, Jalan Menuju Syurga!
Sama juga denganmu, Dia sangat mencintai kita bukan?
Jika tidak, mengapa Dia dengan pemurahnya memberi kita segala nikmat tanpa kita meminta-minta?
Jika tidak, mengapa Dia tetap bersama-sama dengan kita tatkala kita lupa dan lalai daripada mengingatiNya?
Jika tidak, mengapa Dia tetap mencintai kita dan menasihati kita melalui ayat-ayat cintaNya dalam al-Quran?

Wahai adikku yang dicintai Allah,
Jangan pernah berhenti bertaubat..
Bertaubatlah dengan sesungguhnya..
Sesungguhnya, Allah maha mengetahui apa yang ada dalam setiap hati manusia..
Allah tahu apa yang ada dalam hati kita, wahai adikku!
Dan semoga, sekurang-kurangnya kita "dijemputNya" dalam keadaan kita sedang bertaubat ..



Menurut riwayat Muslim, “Sesungguhnya Allah lebih gembira menerima taubat hamba-Nya ketika dia bertaubat kepada-Nya, daripada kegembiraan seseorang yang mengendarai binatang tunggangannya, kemudian binatang tunggangan itu hilang di padang yang luas, sedangkan di atas binatang itu bekalan makanan dan minumannya hingga dia rasa berputus asa daripada menemuinya kembali. Lalu dia berteduh di bawah sepohon kayu dengan perasaan putus asa daripada mendapatkannya kembali. Dalam keadaan itu, tiba-tiba muncul di sisinya binatang tunggangannya yang hilang tadi dan dengan segera dia memegang talinya seraya berkata dengan penuh gembira, “Ya Allah, Engkaulah hambaku dan aku tuhanmu,” dia tersalah sebut kerana terlalu gembira. (Sebenarnya apa yang hendak disebut ialah Engkaulah tuhanku dan aku hambamu).