Sunday, February 27, 2011

1st day, 3rd sem

Hari ni, sharp pukul 7.30 dah bangun!
fuh, agak awal........kalo tak, ishish
so, lek2 dulu pagi tuu...mengeliat2 sikit..gosok2 mata ag..sempat la peluk2 bantal ag..hehehe..
pastuh, terus mandi. nyaman sungguh.

Poured myself a cup of mocha and ate some of the yogurt I bought last night plus a cereal bar.
(breakfast style matsalleh la nii konon2)
Nomore roti canai ok.
nomore nasi lemak with the daun pisang.so sad.

At 9.30, haa mulalah nak kelam-kabut.
Kak Rehan pun dah memanggil-manggil kat bawah to walk to uni together.
Berdebar-debar nihh!!!tak tau la pasal. ingat diri cheq ni sowang je yang berdebau.
rupa-rupanya kak rehan pun sama gak!
mungkin berdebau cause dapat membayangkan assignments2, exam and keje2 yang kena face in the future.

MasyaAllah, ramai sungguh manusia!!
"I'm back to the busy hactic life again!....oh nooo........."

HAISH!..

"takbleyh, tak bley, kena semangat Dhamirah!!"

I was glad to see that bery, syira, hadi and kak timey were also in the same lecture!!baguih2.pasni kalo ada pape, bleyh la mintak tlg depa.kihkih.
So basically, I am not alone!..alhamduLilah..

After the lecture we had at10am, syira, bery and I went to the co-op with the intention to buy the recommended text books.
However, as usual lah, co-op was full of human beings!...argggghhhh...cam buat haji plak.

"how much is the text book?"
"$124.00"

Dalam hati; "mak ai!, pokai aku cam ni.mahel nak mampos!, Ya Allah................"

"Ya Allah, tak makan aku cani" syira said.

Bery time tu dah taktau dh menghilang pi mana. Lemas dalam lautan manusia kowt. Tahla.

So, we all pun went to the 2nd hand book store. It seems like they are not selling that particular books.Memang terbaik.-.-"

Finally, we decided to think first and maybe buy later. Syira then went home while I went to the  reid library.

Reid is such a bigg bigg library. But when it is filled with soo many students, it seems so small to me.
I went to reid to print out somethg. So in order to do that, I need a computer. Guess what, none was availabe!ARGGHHHH..

So, pe ag. I went to science lib lah instead since I saw that there were abt 46 computers available there.
Well, you see. Science and reid library are quite far from each other.
So, I had to cross the field to get to there.
I almost went back but I was glad that I did'nt.

Sampai-sampai je library, bukan buku yang dicari.Bukan computer yang dicari.
Tapi AYAQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQ!!!!!!!!!
Terus pi beli air kat guild cafe tuh. Minum cam orang tak minum setahun (cam lebeyh2 la plak)
Tapi seus, haus gilerrr!

Bila dah rasa2 okayh tu, baru la naek atas.
Naek pun pakai lift je laa..tak larat dh nak naek tangga.
Dh x kisah dah, lemak2 mmg dah terbakar dah pun, so cam xder beza je naik tangga or lift.
tiktoktiktok..

After finished using the computer,I went back home.
Ya Allah, panas sungguh (Yes, I know I've talk about the heat like a thousand times before but I cant stop talking abt it until I feel that its getting colder.heh.)

So now, Im at home..with the fan blowing directly towards me. Enjoying the breeze before facing the heat again.
Oh, ada tak saya gtau saya dah hitam!?
Yes,sy  dah hitam dh!!!!!!!sedeyhnyaaaaaaaa..Baru seminggu!..kalo lepas sebulan tak tau laa..haiyh risau aku!..




=Remember Allah always=

Friday, February 25, 2011

Baru-baru di Perth

Rasa macam duduk kat sauna pun ada skrg ni..
menitik-nitik peluh ni haaa..
dah macam baru mandi pulak.
Nilah yang dirasakan aku dan kawan-kawan aku di Perth sekarang nii...
subhanaAllah, panasnya!!!!!!!!!!!!!!!
teriknya!!!!!!!!!

kadang-kadang tu terbayang juga api neraka yang digambarkan oleh al-quran tuh.
bayangkanlah, api yang kita rasa ni kankan sebenarnya diambil drp api neraka yang paling "sejuk".
Dah pulok tuu, api tuh ditapis 7 kali ngan air laut.
(suka hati je ckp, tak beberapa ingat aku baca kat ne tuh, tapi yg tau ada kat majalah solusi. Kalo salah tolong tunjukkan plzz)

So tu diaa perth, panas bangat!!
tapi kuar gak pi merayau..hehe
apa nak wat...redah je laa...tepek sunblock banyak2!

Semalam ada sambutan maulid kat perth.
tapi malangnya aku lamabat dtg!!
oh panjang benor citernyaa..
time tu la perut nihh buat hal!
time tu pulok gak laaaa keter nk hbs minyak!
haishhhhhhhhh...alhamduLilah sampai jgak akhirnya..cuma rugi gak rasa cuz x dpt nk solat jemaah sama2 and tgk video about Rasul Allah yg cam bestt tu..sayang2....
Rasa hepi pulak bila tgk ramaiiiiii kawan2, yang baru n yg lama, mai sama2 sambut maulid.
thx for the 3 amazing panel members, amin, kak Timir and kak Alin!korang awesome lah.cayok2!
n mat luthfi, d artist of the nite, became the moderator..so, mmg gegar la!cayok to him as well.

pastu, there was makan2 sumer..the food pun mmg sedap.
banyak desert. n I LOVE DESERT.
tai malangnya perut sakit, so cam tak bleyh makan byk2.senak plak.heh.

kelas start hari Isnin nih, tapi taktau la nk pi ke x mau.
eh2, bukan suka2 nk ponteng ekk..
tapi cuz hari tu kami kena pindah umah!finally, dh tak nomad dahh..hehehe.
pastuh, hari tu ada satu lecture je, ..hmm...tp kalo x g kan rasa x best pulok. dh la lecture 45 min je pun..nk lectopia2 ni malas plak...
hmm..we'll see....

orite2, nak menyejukkan badan before meredah matahari again sat ag!
so, papai sumer!...remember Allah always.
kenyit mata sikit...;)

Wednesday, February 16, 2011

masa kecil-kecil

Masa kecil-kecil, dunia ni diibaratkan taman permainan. Tiada yang salah. Semuanya betul.
Pasir pun bleh jadi makanan. Bulan disangkakan lampu. Bintang disangkakan permata.
haha..macam-macam.

Masa kecil-kecil, macam-macam nak jadi bila besar.
ada yang nak jadi cikgu.
ada yang nak jadi polis.
ada gak yang nak jadi superman. hahaha.

Kita pelik melihat seorang lelaki ni hero pada banyak heroin. Rupa-rupanya bila besar, baru tahu yang tu sumer adalah lakonan di TV je.

Bila kecil2 dulu, pelik bila tengok kenapalah manusia membuat perkara yang dia tak suka.
kenapa susah sangat untuk gembira padahal terlalu banyak manusia yang ada untuk menemani.

Tak lama tuu, kita pun diajar membaca, menulis dan mengira.
Perlahan-lahan ibu dan ayah ajar apa yang salah, apa yang betul.
Pada masa itu, kita cuba memahami sedikit demi sedikit.

Bila makin membesar, kita mulalah memberontak.
Bila besar, kita hampa.'
Hampa sebab dunia ni sebenarnya bukan seperti yang kita sangkakan masa kecil-kecil dulu.
dunia ni bukan taman permainan.
ada yang salah dan ada yang betul
perkara seperti superman tu sumer x wujud. rekaan semata-mata.

Bila besar, baru kita faham kenapa ada manusia yang membuat perkara yang dia tidak suka.
kenapa ada manusia bersedih.

Kita mula jatuh, lepas tu kita bangun.
ada yang gagal sepanjang perjalanan, tp menang akhirnya.
ada yg berjaya sepanjang jalan, tapi sesat akhirnya.
tapi tiada yang sentiasa gagal.
tiada yang sentiasa menang.
yang diatas pasti turun, dan yang bawah pasti naik.

kdg-kdg dalam hidup, kita terpaksa melakukan perkara yang kita kurang suka untuk perkara yang kita sayang. That is sacrifice.
kdg-kdg kita sedih, sebab terlalu banyak manusia dalam dunia ni, tetapi satu pun tidak menemani diri dan setia menemani.

Pada waktu ini, kita jatuh....
lari..lari dan lari.

manusia mmg cam tuu..
takut sentiasa.
tapi ingatlah, manusia ada banyak.bukan kita seorang.
kalau orang lain boleh bangkit, kita pun.

Memang,
Dunia ni bukan taman permainan.
Tapi kita bukan keseorangan.

Sunday, February 13, 2011

Di atas satu cinta

jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu

apakah ku masih bisa terus melangkah

serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net


subhanAllah aku mencintainya

subhanAllah aku menyayanginya

dari ufuk timur hingga ke barat 

selalu di hatiku


selalu di hatiku..
http://www.youtube.com/watch?v=eqAkxTEfQps

Friday, February 11, 2011

oh, bosannya duk kat rumah.
After 3 months of sitting around and having the remote control in my hand for most of the time, I finally feel like to study again!
oh plzzzz. I'm officialy bord. and at times, I do miss perth.heh.

what i miss about perth?
- theres always somethg to do
-friends!
- car
-buble tea
-factory outlet
-my uni ofcoz..
the list goes on..

but the fact that I'm going to leave my home country next week do make me sad too actually............

why am i sad?
-obviously bcuz I was born ere!
-love the foood which are so cheap!
-mama, abah and bro (although he annoys me a lot)
-my room!, my bed, my sterio..
and the list goes onnnn..

gonna miss you Malaysia..sobsob...tp xpe2, Im gonna be back!



Wednesday, February 9, 2011

Lawatan sambil belajar!


tik tok, tik tok, tik tok, second year pun dh start!
fuh cepatnya...
cuti pown dh nk hbs dah...sobsob..dh xleyh main2 dah naa
tapikan, sebelum tu jom mai cni sumer, sy nk citer pengalaman cuti nih..

sebenarnya kalo nak citer satu persatu pengalaman, x larat la tangan ni nk meng typekan.So, saya citer pasal benda-benda best je lah ye.

During this very long long holiday, dah banyak dh tempat saya merantau. First, time mula-mula cuti, kami pi Albany. (Kami = saya and family )

Memang saya dh pernah pergi albany, but this time special cikit!, cause this time saya yang jadi tour guide and  gps bergerak..he he
Syoknya jadi tour guide and gps bergerak kepada family ni sebenarnya tuhan je la yg tahu tau. One of the reason is how the family believe in me to lead them. ;)
Bunyi can orite jekan  tapi kalo silap, habis-habis.

As usual, AlhamduLilah family suka albany tu. Naseb diorg suka cause saya yang suggest tuk pi sana.PHEW

Tak lama tu,saya balik Malaysia ngan family. AlhamduLilah Malaysia as peace as before and as hot as before gak!
kat Malaysia saya sempat pi kedah n penang. Kedah is my kampong.
So disana saya stay kat rumah auntie cuz sadly tokwan yang disayangi dh dipanggil Illahi.
Kat Kedah, saya dapat round2 ngan motor for the first time in my life! tp bukan saya yg bawak motor tu, tp kawan sy, Shahida. Time kasih byk2 la!

Apa yang best tentang Kedah and penang ni is bila saya pisana, saya rasa yang saya bangga jadi Malaysian. awat? sebab Malaysia ni sgt la indah. lautnya n on d way pi penang tu,keindahan hutan n gunung yg sgt cantek!
makanan pun best. sgt murah and delicious!

kayh, tu pengalaman saya kat Malaysia la na.
Saya sempat pergi luar negara gak.Amboih, dengar mcm hebat pulok.."luar negara" tp pi negara jiran je. hehe

First, kami telah menuju ke Thailand!
oh, airnya sangat jernih..lautnya terbentang indah. Mengingatkan sy tentang betapa hebatnya ciptaan Allah. MasyaAllah.
Disana terdapat ramai mak salleh.toleh kiri mak salleh, toleh kanan pon mak salleh.kira mana2 lah.
Saya pelik kenapa mak salleh ramai kat sini tp tak kat malaysia.
Mungkin kerana orang disana lebih peramah and mungkin tempat2 disana lebih bersih dan terjaga walaupun banyak old stuffs.

Tak lama kemudian, kami sekeluarga pun ke Medan, Indonesia.
Disana, kami banyak shopping je. Cause barang-barang di sana murah-murah belaka. Kami disana pun tidak lama, setakat 3 hari je.

Tempat-tempat yang saya sebutkan memang telah menyentuh hati saya dengan keindahan masing-masing.
Tapi apa yang paling menyentuhkan ialah....

apabila saya melihat pelbagai jenis manusia.


Sayu rasa hati apabila melihat seorang lelaki tua cuba menjual sekalung bunga di simpang tiga jalan raya, hanya untuk mencari sesuap nasi.

Sayu rasa hati apabila mendengar seorang budak perempuan mendendangkan lagu indonesia di tepi tingkap kereta sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau hanya untuk mendapat beberapa rupiah.

Sayu juga rasanya apabila melihat seorang lelaki tua cuba menarik 2 guni kehulu dan kehilir sehingga terpaksa membongkokkan dirinya..

Saya masih teringat seorang pemandu teksi Indonesia pada satu malam itu.

"pak,pak..saya tunggu pak disini ya, selesai sahaja pak makan, pak datang kembali ya pada saya, engak apa pak saya tunggu" kata pemandu teksi itu pada abah saya.

"xpe2, kamu pergi je. Saya lama disini..xpe2" balas abah.

"engak pa pak.saya tunggu ya pak.saya tunggu disini. Pak datang ya" balas pemandu itu lagi.

"Sanggup dia menunggu begitu lama untuk mendapat jaminan pulangan beberapa rupiah" bisik hati saya.

**************************************************************
Hm, bila tengok and dengar camtu,barulah perasaan bersyukur meluap-luap dalam diri. Kalau before ni asyik complain je, sekarang ni Allah tunjuk depan mata semua tu untuk beri kesedaran bahawa saya sebenarnya untung dan ada yang lebih teruji hidupnya dari saya.


Bukan tu saja,
Saya masih ingat yang si pemandu teksi itu pernah berkata..

"yela pak, rezeki itu ada dimana-mana kan, kita cuma perlu usaha"

dush, satu lagi ayat yang menusuk ke dalam sanubari..
oh sungguh mulia kata-kata itu..
Mungkin juga disebabkan kerana dia masih bersyukur kepada Allah dengan apa yang dia ada, Allah telah mentakdirkan kami untuk menaiki teksinya kan. Seperti ayat yang dipetik dari surah Ibrahim ayat 7,

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".




Terasa juga hati ni yang selalu juga malas untuk berusaha dan asyik merungut je...


Hmm..
As conclusion saya ingin menyimpulkan bahawa dalam hidup nikan, kita telah ditakdirkan untuk ke satu-satu tempat tu bukan kerana suka-suka je, tapi pasti ada hikmahnya.
Like people say, lagi jauh perjalanan, lagi luas pengalaman. And jangan lupa, pengalaman la yang banyak ajar manusia. So, next time, sape-sape yang pi bercuti tu,jangan duk syok cuti je..sekali la mengambil pengajaran and learn. =)