Thursday, December 26, 2013

Kebebasan, ayuh bebas!




Terkenang kembali saat itu. Saat aku pelan-pelan menghirup air kelapa di tepi pantai Port Dickson. Sungguh nyaman pada waktu itu. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena pada petang itu, mata ku melirit ke arah sekumpulan anak remaja. Sungguh remaja..

"Bebasnya mereka"- aku bermonolog dalaman..

Bebaskah apabila kita bebas bergaul, berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan..
Bebaskah, apabila kita bisa memakai apa sahaja yg kita mahu?
Apakah itu kebebasan?
Ingin ku tanya lagi, APA ITU KEBEBASAN!?

Iya, mungkin hati yg penuh dosa ini tidak layak untuk mengkritik, atau meng-judge sesuatu dari segi luaran. Memang. Lemah sungguh iman ini. Tidak mampu ku tegur dengan tangan atau lisan. Hanya mampu untuk aku doakan supaya mereka diberi hidayah untuk mencari kebebasan yg sebenar!

Apakah kebebasan yang sebenar wahai hamba?
Adakah kita bebas apabila kita hamba?
YA! Kita bebas apabila kita hambaNYA! hamba Allah swt! hamba kepada tuhan yg maha Esa!

Bukannya hamba kepada wang!
Bukannya hamba kepada cinta manusia!
Bukannya hamba kepada kegilaan fashion dan dunia semata-mata!

Apabila setiap manusia berjaya membebaskan diri dengan menjadi hambaNya, maka percayalah..tiada apa lagi yang perlu kita takut, tidak banyak yg dapat membuat kita marah, tiada apa yg dapat mengecewakan kita dengan sekecewanya, tiada apa lg yg dapat menyedihkan kita dengan lama...

Kerana apa?kerana hati dan diri ini redha dan terima yang segalanya adalah ketetapan tuhan kita!

Mengapa perlu bersusah payah mengejar dan mencari cinta manusia, apabila diri dapat bebas dari cengkaman kekecewaan dengan mencari cinta Illahi sahaja?

Mengapa perlu bersusah payah memikirkan tentang bagaimana meng-attract manusia dengan pakaian sebegitu dan sebegini, apabila diri hanya perlu menutup aurat dengan sempurna untuk meraih syurgaNya?

Mengapa perlu bersusah payah? mengapa meletakkan hati dalam sangkar itu!?mengapa??

"YaAllah ya Tuhanku..
Janganlah kau menjadikan aku manusia yg mengharap pertolongan orang lain,
Janganlah kau menjadikan hati ku ini menanti cinta manusia yg tidak pasti,
Ya Allah, sediakan aku sebuah Istana di Syurga supaya ku tidak hairan untuk mengejar-ngejar harta dunia yg sementara,
Bebaskan hati ini ya Allah! bebaskan!
Supaya tiada satu pun kehilangan, dan kepergian dalam dunia ini yang dapat menjatuhkan semangatku,
Bebaskanlah diriku ya Allah, bebaskan! supaya kebahagiaan ku hanya dengan membahagiakan diriMu"

"Apa yang akan dilakukan oleh musuh-musuhku terhadapku? Aku, surga dan dan kebunku dalam dadaku. Kemana pun aku pergi, ia selalu bersamaku. Jika aku dipenjara, maka ia bagiku khalwat (bersendirian dengan Allah). Jika aku terbunuh, maka ia bagiku kesyahidan. Jika aku diusir dari negeriku, maka bagiku ia adalah wisata" -Ibnu Taimiyyah

Bebaskan dirimu, dengan menjadi hambaNya.









Tuesday, December 24, 2013

Susahnya Istiqomah

Mata ku membaca satu persatu perkataan dalam buku "Biar Bidadari Mencemburui Dirimu"
"Cemburu" dan wanita, adalah perkara yg tidak dapat dipisahkan.
okay, mungkin kalau nk cakap tentang cemburu wanita, memang panjang lebar lah blog nih.

Kata-kata dalam sebuah buku begitu indah sekali, sangat sempurna jika dapat dipraktikkan.
Kadang ku terfikir, hebat sungguh penulis buku ini. Namun, dia juga manusia. Tidak lepas dari silap dan dosa.




Ayat-ayat dalam buku itu disusun cantik. Bila membacanya, hati berkobar-kobar ingin menghidu harumnya syurga, tubuh ingin sekali dibangkitkan dalam kalangan salaful-solleh, as-Siddiq dan para isteri-isteri Nabi. Bila membacanya, diri ingin sekali dicemburui!

Tapi, sememangnya tidak semudah itu..
Pengorbanan masa..kasih..cinta..terhadap dunia..
Ah, tak perlu pergi jauh..solat suboh pun kadang tertinggal, bagaimana hendak dicemburui!?
Lidah pun cepat mengeluh apabila disuruh oleh ibubapa, bagaimana hendak dicemburui!?
Belum lagi masuk kalau andainya sudah bernikah. Memang, siapa yg tidak mahu menjadi isteri solehah? Impianku untuk menjemput suami ku pulang setiap hari dengan keadaan diriku harum berhias semata-mata deminya. Tapi bagaimana satu hari aku diuji, suami ku yg soleh itu ingin berpoligami. Dapatkah diri ini sabar? dapatkah diri ini menerima? Jadi, katakan pada sy bagaimana untuk aku dicemburui pada masa itu!?

"Senangnya diri ini menasihati manusia agar bersyukur dan memikirkan tentang segala nikmat yg Allah telah berikan, tapi bila Allah sendiri uji pada diri, hancur rebah! lupa segala ayat-ayat cinta dari Allah yang selama ini mententeramkan jiwa..."- kata-kata sy pada sahabat solehah sambil hati tersedu cuba menahan sebak didada..

Pernah saja satu hari itu saya menangis tak henti2...bukan kerana sudah masa diri "datang bulan", tapi kerana saya hampa pada diri, saya takut andai Allah menguji saya sesuatu dan akhirnya saya menyalahkan takdir.
Saya takut kalau satu hari saya mati dalam keadaan saya menyalahkan takdir dan kata-kata seperti "agama ku tidak adil" keluar dari bibir saya!

Sekejap! berhenti....aku masih waras lagi...

"Cinta itu milik Allah..
Kalau kita tidak bisa menerima ujian..
Menolak segala ujian..
Lari daripadanya..
Maka itu bukan mencintai Allah!
tapi itu adalah "Aku mencintai diri sendiri!"
Padahal Allah sangat mencintai diriku..."

Ayat-ayat diatas saya dengar dari satu ceramah di youtube. Terima kasih kepada sahabat solehah yg telah menghantar link youtube itu pd saya, seolah-olah dia tahu pula hati ini sedang meronta untuk mendengar kata-kata itu!

Wahai hati..
Aku tahu lemahnya kau dan aku..
Kita sering jatuh dan lupa..
Dalam keadaan gelap gelita,
Aku cuba meraba tali..
Tali yang membawa hati pada Illahi..
Sabar hati, sabarlah..
Berusahalah kita bersama..
Memang tidak mudah
kerana syurga itu adalah abadi!


Istiqomah, memang payah...memang susah..
Tetapi berusaha, itu jaminan ku! aku akan tetap berusaha dan berusaha..
Berusaha mengingatkan hati tatkala hampir berputus asa..
Beristighfar dan bertaubat setiap kali diri jatuh dalam ambang dosa..
Berusaha..membalas cintaNya..


"YaAllah, aku redha andai ujian ini dan itu kau beri untuk dekatkan aku padaMu, cuma satu ku pohon ya Tuhan ku, Kau berilah aku kesabaran dan kekuatan pada diri ku ini!"