Tuesday, August 23, 2011

ya Allah.

Kerana Dia Aku masih dcni,
Sambil menghirup udara yang sejuk..

Teringat kembali saat-saat getar aku lalui,
Tak tertahan rasanya hati pada masa itu..
Tak terpikul rasanya bahu untuk membawa bebanan pada waktu itu..

Sungguh aku ini pelupa.

ya Allah, dengan restu dan kasih sayang mu, aku dcni masih tegak berdiri,
Sambil menghirup udara mu yg segar ini..

Teingat kembali saat-saat aku melakukan dosa durjana
Seolah-olah Engkau tiada.
Seolah-olah dunia aku yang punya..

Sungguh aku pelupa..

ya Allah, sungguh kau maha pengampun..
Seluas langit dosaku tetap Kau ampun..
Sezalim mana diriku tetap Engkau memberi simpati apabila aku merintih untuk keampunan dari mu..

dan kerana simpati dan cinta Mu itu lah aku masih berdiri dcni..
menghirup udara yang segar..

Allah, sambutlah aku di kala kau seru kembali umat Rasul-rasul mu..
Panggillah nama ku dengan penuh rasa kasih..
Jangan lah Engkau paling dari Aku ..
Walaupun aku manusia lemah lagi hina..

Ya Allah, jangan pesongkan diri ku,
Setelah engkau berikan aku petunjuk..

No comments:

Post a Comment