Monday, March 18, 2013

Kawan Baik


Pernahkah anda berasa kesunyian? Kerana anda tidak mempunyai gf, bf, bff, bffa (best fren for a while), awek, pakwe, ceweq, geng, member taiko dan apa-apa yg sama maksud dengannya?

Jangan Runsing lagi!

Kerana sekarang saya ingin katakan pada anda yang anda mempunyai kawan baik sejak azali!

YAAA..kawan Baik sejak azali uols.

Bukan nak kata, “penjaga” dari nenek moyang ke pe..tu creepy but Dia ada semasa kita sedih, kita gembira, marah, dan sebagainya.

Panggil je Dia, dan dia akan dengar. Dia mmg invisible! Tapi Dia mmg sangat power!

Tak payah susah2 nak habiskan kredit call, panggil nama Dia dan Dia akan datang lebih pantas dari Superman, Spiderman, Batman dan sekutunya.

Tak payah nak belanja makan, Dia yang bagi makan 24 hours!

Tak payah nk minta Dia janji “promise me , you will never leave me” sebab memang  GERENTI Dia takkan meninggalkan kamu!

Paling best dan “tacing” , walau kadang-kadang kita lupa kat Dia, marah kat Dia, ignore Dia..Dia tak pernah sekali pun nak emo dengan kita.

Selagi hayat dikandung badan, Dia sayang kat kita..dia bagi dan bagi dan bagi…Dia cuma akan uji kita bila kita dah teruk sangat supaya kita tak harm diri kita sendiri dan kembali membuat kebaikan.

Kira Dia mmg selalu nk kita bahagia.

Dia tak minta apa-apa, bahkan buat apa Dia nak minta kalau Dia dah ada segalanya!

Dia cuma minta kita jaga diri kita sebaiknya…   :’)

Sahabat2..
Dialah, ALLAH SWT!AR-RAHIM.


No comments:

Post a Comment