Monday, April 1, 2013

Perth


..


Bunyi telefon office berdering2..


Persekitaran tidaklah sesebuk mana tetapi semua seperti khusyuk melihat screen PC..
Sebuk bekerja mungkin...atau ada yang melayari laman2 sesawang seperti aku sekarang..huhu

Di dalam semua itu,
Aku seorang tenggelam dalam mimpi separa sedar ku ini..
Merenung ke jendela,aku teringat hirupan udara segar semasa aku di bumi kangaroo itu.
Bunyi kereta yang sesak disini digantikan dengan bunyi burung-burung comel yang berkicauan di sana..
Pokok2 seperti melambai-lambai bersorak setiap kali aku pulang dari University,

Angin seperti membelai-belai cuba bermanja dengan ciptaan Illahi ini,
Air yang tetap sejuk dan nyaman mahupun bila udara panas membakar diri

Sungguh ini bumi tanah tumpah darah ku yang paling ku cintai,
Tapi terdapat lagi satu bumi di dunia ini yang hatiku mungkin selamanya akan terpaut di situ,

Bukan kerana keindahan bumi itu sahaja yang telah menjerat hati ini,
Tetapi..
Tetapi di bumi itulah aku diajar untuk berdikari
Di bumi itulah, aku buat pertama kalinya berjauhan dengan keluarga tercinta
Jika aku bak puteri di sini, di bumi itulah aku di layani bak seorang kelasi Nakhoda...


Itulah! Itulah bumi yang telah menyaksikan perubahan diri ini,
Itulah bumi yang telah ditakdirkan untuk mendekatkan aku lagi pada Pencipta kami.

Di situlah aku berjumpa dengan sahabat-sahabat sejati..
Di bumi itulah aku bertapak setiap hari untuk menimba setitik dari ilmu Illahi..

Iye..
Bumi Malaysia ini tanah tumpah darahku..
Tetapi sebahagian dari hatiku sudah terjerat di bumi kangaroo itu.




-Perth, Australia-











No comments:

Post a Comment