Wednesday, February 16, 2011

masa kecil-kecil

Masa kecil-kecil, dunia ni diibaratkan taman permainan. Tiada yang salah. Semuanya betul.
Pasir pun bleh jadi makanan. Bulan disangkakan lampu. Bintang disangkakan permata.
haha..macam-macam.

Masa kecil-kecil, macam-macam nak jadi bila besar.
ada yang nak jadi cikgu.
ada yang nak jadi polis.
ada gak yang nak jadi superman. hahaha.

Kita pelik melihat seorang lelaki ni hero pada banyak heroin. Rupa-rupanya bila besar, baru tahu yang tu sumer adalah lakonan di TV je.

Bila kecil2 dulu, pelik bila tengok kenapalah manusia membuat perkara yang dia tak suka.
kenapa susah sangat untuk gembira padahal terlalu banyak manusia yang ada untuk menemani.

Tak lama tuu, kita pun diajar membaca, menulis dan mengira.
Perlahan-lahan ibu dan ayah ajar apa yang salah, apa yang betul.
Pada masa itu, kita cuba memahami sedikit demi sedikit.

Bila makin membesar, kita mulalah memberontak.
Bila besar, kita hampa.'
Hampa sebab dunia ni sebenarnya bukan seperti yang kita sangkakan masa kecil-kecil dulu.
dunia ni bukan taman permainan.
ada yang salah dan ada yang betul
perkara seperti superman tu sumer x wujud. rekaan semata-mata.

Bila besar, baru kita faham kenapa ada manusia yang membuat perkara yang dia tidak suka.
kenapa ada manusia bersedih.

Kita mula jatuh, lepas tu kita bangun.
ada yang gagal sepanjang perjalanan, tp menang akhirnya.
ada yg berjaya sepanjang jalan, tapi sesat akhirnya.
tapi tiada yang sentiasa gagal.
tiada yang sentiasa menang.
yang diatas pasti turun, dan yang bawah pasti naik.

kdg-kdg dalam hidup, kita terpaksa melakukan perkara yang kita kurang suka untuk perkara yang kita sayang. That is sacrifice.
kdg-kdg kita sedih, sebab terlalu banyak manusia dalam dunia ni, tetapi satu pun tidak menemani diri dan setia menemani.

Pada waktu ini, kita jatuh....
lari..lari dan lari.

manusia mmg cam tuu..
takut sentiasa.
tapi ingatlah, manusia ada banyak.bukan kita seorang.
kalau orang lain boleh bangkit, kita pun.

Memang,
Dunia ni bukan taman permainan.
Tapi kita bukan keseorangan.

1 comment:

  1. tanpa tawa dan duka....sbnrnya x melengkapi sebuah epilog perjalanan hidup...tanpa pegalaman hidup x bererti dalam sebuah episode kehidupan...kehidupan tanpa ilmu dan amalan seperti dahan pokok yg menunggu masa utk rapuh dan patah...tanpa berusaha untuk menyegarkannya kembali.............

    ReplyDelete