Sunday, May 22, 2011

Dia masih mengingati aku

ok just a 15 min notice.

suddenly terdetik dlm diri..Allah, betapa kurangnya diri ku ini.
betapa kecilnya diri aku ini jika nak dibandingkan dgn zat Allah yg terlampau besar.
terlalu hina diri ini untuk dibangga-bangga kan...dan
terlalu miskin untuk bermegah-megah.

Allah...setiap hari aku membuat dosa..selepas itu aku bertaubat..
selepas itu aku buat lagi...dan aku bertaubat lagi....dan Dia masih menerimanya..
Pemurahnya Dia...
terasa malu apabila meminta-minta dalam doa walhal apa yg disuruh slalunya x buat.
iye, aku solat siang mlm..tp solat ku diterima ke?
sempurna ke wudhuk ku?

x cukup lg ni, x cukup.
x cukup dan xkan pnah cukup amal ku ini.
macam mana kalo nyawa ku diangkat esok? cukup ke semua yg telah ku kumpul?
cukup ke amal ku even untuk mencium bau jannah.

"sesungguhnya orang yg merasa diri nya baik itu lah org yg amat rugi.." kata-kata seorang ustad yang pernah ku kenal dulu.

Bukan ke itu perangai ku? sentiasa merasakan diriku sudah cukup baik.
padahal,bila fikir2 kan, cukup baik ke aku ni? semestinya tidak

Allah..sungguh besar hidayah yg kau telah berikan pada ku...
aku berasa gembira apabila kau memberikan hidayah yg sama pada yg lain..pada mereka yg sama2 tulus mencari..

iya..aku mmg x sepatutnya berbangga dgn apa yg aku ada..tp aku bangga kerana  Dia mengingati aku..dan masih ingin aku kembali padaNya..

No comments:

Post a Comment