Friday, September 16, 2011

siapakah dia?




Setiap hari aku memikirkannya,
siapa ye?
siapa?

setiap hari aku cuba menjadi yang terbaik,
kerana aku tidak akan pernah tahu bila akan ku jumpa dia..

siapa ye?
apabila ada cerita yg menarik, pasti akan terlintas di dalam fikiran ku untuk menceritakan pada dia satu hari nanti..
akan ku simpan cerita itu buat perbualanku dengan dia nanti..



apabila aku melihat pakaian yg cantik-cantik,
selalu terlintas pada fikiranku,
akan ku pakai pakaian ini di depannya nanti..

tapi siapakah dia?
siapa?
di mana kah dia skrg?
dekat ke jauh?
apa khabar imannya sekarang?
hm..aku harap dia juga sedang bersiap sedia, mengumpul sebanyak ilmu, menggunungkan takwa, mengukuhkan iman..

aku harap dia dapat membimbingkan ku nanti,
memelihara aku,
meluaskan lagi cintaku pada Illahi..

wahai jodohku,
aku tahu kau diluar sana,
insyaAllah jika umur ku panjang,
kitakan bertemu..

Peliharalah dirimu..
sepertimana aku juga sedang memelihara diri ini..
Biarlah kita mengumpul ilmu, mengkukuhkan iman..

siapa dia? namanya terletak di luh mahfuz..



Sabda Rasullulah s.a.w :

" Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman :
Menjadikan Allah s.w.t dan Rasul-Nya s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana Allah s.w.t dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka ".

No comments:

Post a Comment