Semasa ada yg menangis kebuluran,
Engkau limpahkan kepadaku rezeki yang luas lagi halal..
Semasa ada orang kehilangan..
Kau mempertemukan aku dengan manusia2 yang hebat..
Kau curahkan kepadaku kasih sayang..
Ya Tuhan, sungguh besar nikmat mu, namun sering kali aku tidak bersyukur..
Terima kasih Ya Allah..
terima kasih..
kau berikan aku ibubapa,
Ibu bapa yang sangat mecintai ku,
yang telah mendidik ku,
Walaupun sering kali aku melukakan perasaan mereka, mereka tetap mencintai aku..
membantu aku..mendidik..
terima kasih Ya Allah,
terima kasih..
kau berikan kepadaku sahabat-sahabat..
sahabat yg tidak pernah lupa untuk mengingatiku..
tidak getar untuk menegurku..
tidak berkira apabila membantuku..
tidak berkata-kata buruk di belakangku..
dan sentiasa ada apabila aku memerlukan..
terima kasih Ya Allah,
terima kasih..
kau curahkan aku rezeki..
rezeki yang tidak pernah aku sangka akan terima..
rezeki yang terlebih-lebih rasanya dibandingkan dengan apa aku minta..
sehingga aku lalai membazirkannya..
terima kasih Ya Allah..
terima kasih..
Untuk kesihatan ku,
AlhamduLilah aku mampu berlari, berjalan dan berkata-kata..
melihat segala bukti kebesaran mu..
memuji segala perkara yang dijadikan oleh mu..
mempelajari ilmu mu..
terima kasih Ya Allah,
terima kasih..
kerana Engkau telah memilah aku,
memilih aku untuk berada dalam agamamu..
memilih aku untuk meletakkan Engkau di hatiku.... :)
Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” (An-Nahl: 18).
No comments:
Post a Comment