Thursday, October 27, 2011

Kerana Dia Seorang Perempuan..




Dia dilahirkan pada suatu hari sebagai seorang wanita.
Sudah menjadi lumrah kehidupan..
Wanita itu adalah kaum hawa yang sangat manja.
Suka kepada perhatian.
Dahagakan kasih sayang.
Kasihnya melimpah ruah.
Simpatinya tak terhingga..
Tabah hatinya..
Kuat dirinya ..

Namun, sekuat mana pun wanita itu.
Pasti memerlukan si Adam untuk dilindungi.
Maka pergilah dia mencari-cari..




Wahai kaum Adam, janganlah kau sia-siakan kaum Hawa..
Sesungguhnya engkau memerlukan dia.
Janganlah engkau bisikkan kata-kata manis, kerana dia senang mempercayai.
Janganlah engkau lemparkan kata-kata keji, kerana dia senang terguris.



Wahai sebilangan kaum Adam, kerana engkau, dia menjadi gila.
Masyarakat menghukumnya. Mengejinya.
Kerana sebilangan kaum Adam itu, dia hilang sifat simpati.
Wanita yang dulunya memberi kasih melimpah ruah, terus dilabel sebagai penzalim.
Semua kerana bisikan kata-kata manis sebilangan kaum Adam itu.

Kemudian,kau lari tah ke mana. Meninggalkan dia buntu keseorangan.

Kepada masyarakat disana, janganlah kita membenci wanita2 ini..
Sesungguhnya mereka buntu dan keseorangan.
Janganlah menggelarkan wanita-wanita ini zalim, tetapi membiarkan lelaki2 lain melarikan diri.
Adakah itu adil?
Sesungguhnya kita sudah pun menzalimi mereka, sejak membiarkan mereka terus hanyut dalam arus dunia..


Men are the protectors and maintainers of women, because Allah has given the one more (strength) than the other, and because they support them from their means
(surah an-Nisaa' :34)









No comments:

Post a Comment