Masih aku ingat,
Pada waktu itu mata
ku hanya tertumpu pada jam di dinding,
Oh lama betul rasa bila mempelajari sesuatu,
“Bilalah nak balik?’’
Perutku lapar.
Yang aku fikirkan pada masa itu ialah sempat atau tak untuk aku tengok cerita Doraemon pukul 7.30 pm nanti.
“ok you may go now,
your work is done. Here’s your homework. Please try to work on your time
management ok ?”
“okok..” Jawab aku dengan simplenya sebab bahasa inggeris aku pada waktu tu tak lah sehebat
mana pun kalau nk jawab panjang-panjang.
Selesai saja masa aku di KUMON, aku akan dengan excitednya menunggu mama untuk
menjemputku pulang .Aku akan turun dengan harapan kereta Proton mama dah sedia
di “tempat biasa” .
Pernah saja mama lewat sebab dia kena work “overtime”. Tapi pada waktu itu aku tak
mengerti, yang aku tahu perutku lapar dan aku mesti tengok cerita Doraemon.
Jadi, selalu saja aku merajuk dan menarik
muka. Mama yang keletihan sudah pastinya akan marah dan tersinggung..
Tapi..
Semarah-marah dan sepenat-penat mama, mama mesti akan tanya
kalau aku nak nasi lemak kerang special yang
dijual oleh makcik di tepi jalan on the
way balik ke rumah. Dan semasam-masam muka aku pun, mestilah aku nak nasi
lemak tu! Lapar kot..
Tulah kisah aku dulu,
Tak pernah aku fikir kenapa aku kena belajar?
Tak pernah aku fikir kenapa cikgu suruh aku berusaha..
Tak pernah aku fikir kenapa walau sepenat mana pun mama, dia
tetap tabah dan sabar menghantar dan mengambil aku pulang dari KUMON.
Tak pernah...
Rupanya bila aku mula dewasa,
Baru aku faham sikit demi sikit..
Ilmu mengajar aku mengira..mengira betapa banyaknya
pengorbanan abah dan mama.
Ilmu mengajar aku membaca..membaca fikiran dan hati mereka
yang aku sayang..
Ilmu mengajar aku memahami...memahami segala kejadian di
Dunia..
Ilmu mengajar aku bersabar...sabar menimba dan berkongsi
ilmu..
Tapi yang paling penting, ilmu yang bermanfaat akan
membuatkan seseorang itu tunduk pada Penciptanya..
Bukan semata-mata untuk mendapatkan segulung ijazah..
Bukan supaya kita dihormati dan digeruni..
Bukan untuk segunung harta ..
Bukan juga untuk memiiliki sebuah nakhoda..
Nabi Muhammad SAW bersabda:“Apabila mati seorang anak Adam itu, maka terhentilah segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang berguna serta doa anak-anak yang soleh”
<3
blog baru? btw mantap gila entry. T_T
ReplyDeleteHa ah blog baru. Setelah 5 bulans x tulis blog! NYWAYY thankssss..^^
Delete