Kalau benar cinta,
Mengapa ia menyakitkan diri..
Melukai hati..
Padahal tiada tali yang sah antara 2 sanubari..
Kalau benar cinta,
Mengapa cinta itu membawa diri itu jauh dari Illahi..
Di bibir tiada lagi menyebut-nyebut namaNya,
Tetapi nama si dia pula yg menjadi zikir setiap hari..
Kalau benar cinta,
Mengapa begitu senang jasa baiknya dilupakan,
Hanya apabila satu kesalahannya dipaparkan,
Lupakah diri itu bahawa dia juga manusia..
Manusia itu bersifat pelupa..
Manusia itu tak sempurna..
Kalau benar cinta,
Mengapa hanya mementingkan kejayaan diri sendiri sahaja..
Mengapa tidak ingin membawa dia berjaya bersama..
Berlari bersama-sama menuju Jannah..
Mendaki bersama-sama menuju puncak taqwa..
Kalau benar cinta..
Kalau benar cinta..
PS: Mari semua bicara dengan diri.. :)
No comments:
Post a Comment