Umur baru sahaja meningkat 22...dalam hati terdetik "Apa saja yang telah aku capai selama aku hidup 22 tahun lamanya???"
Kalau setakat dunia digengam, tapi akhirat tidak di hati..apa gunanya??
Hm...banyak betul persoalan yang keluar akhir-akhir ini..
Kerja apa nanti? Bagaimana master? Tapi yang paling popular "bila nak Kahwin"? (Maklumlah dah grad)
YaAllah, tak tahu macam mana nak respon bila soalan itu ditanya..soalan yang berkaitan dengan kehidupan yang sangat berbeza, tanggungjawab yang sangat besar!, pengorbanan yang kita sendiri tidak tahu hujungnya..
Bukan saya membangkang kawin awal, tapi bukanlah saya sentiasa menyokong kawin awal..
Bagi saya perkahwinan adalah satu perkara yg sangaaaaaaaaaaaaaat penting. Jadi bagi saya, sebenarnya bukanlah faktor usia yang menentukan sangat orang tu perlu kawin atau tidak, tapi ia lebih kepada faktor "kemampuan"...seperti buku yang ditulis oleh Hilal Asyraf- "Berusaha mencapai mampu" dalam bukunya "Sebelum aku bernikah" .
Perkahwinan bagi saya bukan melibatkan hanya penyatuan dua hati. Tapi ia merupakan penyatuan antara 2 keluarga. Pencarian "madrasah awal" bagi lelaki dan pencarian "Ketua" bagi perempuan.
Diri harus dididik dengan perasaan sabar dan toleransi yang tinggi. (bukan hanya ilmu duniawi semata-mata).
Keluarga merupakan asas masyarakat, masyarakat merupakan asas kepada negara, dan negara merupakan asas pada dunia!
Jadi kalau kita bercita-cita ingin mengubah dunia, mulakan dari keluarga!
Conclusion, perkahwinan sebenarnya membentuk ummah!
Perkahwinan yang diberkati membawa kepada keluarga yang sakinah, mawaddah, warahmah yang seterusnya membentuk ummah yang dicita-citakan..(cewah ayaat) ..
Jadi pada saya...kita jangan memikirkan tentang seronok, perasaan cinta dan nafsu semata-mata..tapi bila cakap pasal kahwin..kita kena sentiasa ingat dan berusaha sebaik mungkin untuk menjadi "madrasah awal" atau "Ketua" nanti....(gituu)..
But then again, by saying this bukan maksud saya menghalang kawin muda..
Bagi saya tak salah nak kawin muda kalau sudah mencapai mampu..(mungkin boleh baca buku Sebelum Aku Bernikah kalau nak tau cane capai mampu tu)..
Infact, bila ada lelaki yang soleh yang pasti boleh memimpin datang merisik,perempuan itu seelok-eloknya menerimanya.Ini berdasarkan kepada sabda Rasullullah saw yang berikut:
Rasullullah saw bersabda yang bermaksud : "Bila datang seorang lelaki, yang datang meminang, yang kamu redha agama dan akhlaknya.Maka nikahilah dia. Bila engkau tidak melakukan, maka akan terjadi fitnah dimuka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi" (Hadis Riwayat Termidzi dan Ahmad)
Apa-apa pun, sebenarnya try to seek for advice from the right people before getting into the conclusion to get married.. (mungkin orang tu tau kita mampu ke dak?)..Other than that, tepuk dada tanya iman..hehe
Oh another thing, kalau hubungan dengan ibu bapa yang ada pun kita tak dapat nk jaga....macam mana pulak kalau dengan orang lain? Praktis-praktis la "romantik" dengan mak kita...dan bermusyawarah dengan ayah kita...hehe..
Harap semua minda terbuka dengan entry saya kali ni, bukan ingin mengatai ke pe..tp mungkin sudah tiba masa saya berkongsi pandangan saya tentang perkahwinan..
Ia perkahwinan bukan perkara utama dalam hidup, pasti lebih banyak perkara yang lebih penting dari perkahwinan yang wajib kita jaga dan lakukan tapi perkawinan adalah salah satu perkara yang menentukan nasib kita diakhirat kelak..wallahu a'lam....
Article ni macam bias jer..hurmm
ReplyDeleteBelajar pun parents yg tentukan...confirm kahwin kene paksa..LOL
ReplyDeleteCemanelah aku boleh tersangkut baca ko pny blog..aku tarik balik kata2 aku yg diatas..harap ko adalah org yg sama dgn apa yg ko tulis..aku doakan ko berjaya dlm pelajaran dan hidup ko. Sorry. Salam~
ReplyDeleteTq for your thoughts. InshaaAllah cuba menyampaikannya dengan lebih baik lepas ni. Maaf ye jika ia kurang bermanfaat.
ReplyDeleteManfaat tu banyak..cuma mcm tak percaya je ada lagi perempuan yang berfikiran macam ko + pegangan agama yg ko ada..secara tidak langsung menginsafkan aku..mmg nk compare ngan aku mmg x lah sbb ko anak org kaya
ReplyDelete