Semalam, rasa sediiiiiihhhhhh sangat bila tengah2 buat online exam tetiba ada teknikal problem, tgh2 exam tu call faculty 3 kali, takder org angkat..last2 email lecturer. Lecturer kata ok dia bg yg baru. Tetiba bila "online paper" baru, yaAllah! soklan pertama dah panjang lebar (yg paper b4 ringkas dan direct aje)..Allah..Allah.. ada juga beberapa kali masalah teknikal berlaku lagi..yg sedihnya, tetiba diri menjadi cemas dan risau sebab masa dah banyak habis...bila sampai soklan sng tiba2 minda xboleh fikir..hbs je masa, air mata hampir mengalir...sedih ya Allah sedih. Terdetik rasa sia2 belajar dalam beberapa saat.astargfirullah..
Hari ni, tiba2 aku terdengar ceramah di Youtube ttg belajarlah kerana Allah ..
Kebetulan pula pop out link tu kat webpage Youtube.
"Sebab apa sebenarnya kita belajar?adakah kerana pujian?pangkat?sijil?atau duit semata2?"-Ustaz Kazim..
"sehingga sampai xlulus ujian sedih, xlulus ujian rasa gelap masa depan..apakah org yg mendapat sijil itu mengamalkan ilmunya atau hanya menggunakannya semata2 untuk mencari pendapatan?".-Ustaz Kazim
Tamparan dan kesedaran pd diri..subhanallah!
Sama-sama muhasabah, kita kdg2 terlalu senang dgn kehidupan sehingga kita rasa lemah,sedih dan sebagainya hanya dengan baru diuji sedikit. Mungkin kita mmg sudah berusaha, berdoa dan sebagainya..tapi kalau Allah kata belum! maka belum lagilah kejayaan itu untuk kita. Pasti ada hikmah disebaliknya..
Mungkin Allah ingin aku belajar lebih kuat lepas ni! mungkin Allah nak suruh aku tengok balik hubungan aku dengan manusia-manusia yg lain terutamanya ibu dan bapa ku!, mungkin Allah mahu mendekatkan lagi aku padaNya, mungkin Allah ingin mengingatkan kita tentang tujuan utama kita mencari ilmu.
Bila terjadi begitu, seperti mengingatkan diri yang segalanya adalah milik Allah! Seperti drebar bmw yang bukan milik kita, begitulah hidup ini dipinjamkan pada kita..Apa kita patut sedih bila tuan punya bmw ingin memandunya? kerana sememangnya kita hanya drebar!
Sungguh aku amat iri sekali bila ada orang diuji lebih hebat dari ku dan mampu berkata "AlhamduLilah"! Aku iri kerana Allah memberinya ujian yg banyak kerana aku yakin Allah merasakan dia lebih kuat dari ku untuk menempuh ujian-ujian itu, dan sudah pasti ganjaran yg orang itu perolehi lebih besar! Aku juga iri kerana masyaAllah sabarnya dia menempuhi dugaan tanpa sedikit pun wajahnya memaparkan kesengsaraan yg dialami...
Sama-sama saya dan kamu berusaha ambil iktibar atas segala ujian yg dihantar pada kita. Sememangnya, kita mampu berusaha dan berusaha kerana kita tak sempurna. ..
UWA student? what a small world..LOL..ok lah bye..tulis yg best2 lg..sbb nk baca lg actually we took a same course for master just not from the same U. iA maybe 1 day can exchange notes...:)
ReplyDeleteTerima kasih sbb sudi bc. Harap manfaat.
ReplyDelete