Thursday, November 14, 2013

3A2B

Mabrook!! kepada semua adik2 lepasan UPSR! Yg dapat 5As, tahniah dan teruskan usaha anda! Kepada yg tak dapat 5As, jangan risau! Hidup masih panjang, banyak lagi liku2 kehidupan dan ujian lepas ni yang kita perlu hadapi. Tidak mendapat 5A bukan bermakna tidak berjaya, mendapat 5A juga tidak bermaksud adik2 sudah cukup berjaya, kerana segalanya hanya permulaan.

Teringat diri saya dulu masa UPSR,

Kring kring...(Bunyi telefon)

"Assalam, ha..macam mana UPSR? dapat berapa A?" -Abah
"emm....3A je..yg lain B"- saya
"hm..xpelah..teruskan berusaha"...-Abah

Memang tidak akan lupa saat itu!
Walaupun abah kata "tidak apa", aku masih boleh dengar rasa "hampa" dalam nada suaranya..
Sejak hari tu, aku berazam dan berdoa supaya aku tak dengar lagi nada suara itu..

AlhamduLilah, dengan berkat doa ibubapa dan guru-guruku, aku berjaya melanjutkan pelajaranku ke peringkat ijazah dan sekarang diberi rezeki dan nikmat oleh Allah swt untuk melanjutkan pelajaranku ke peringkat Master, semoga Allah permudahkan!

Adik2, jangan putus asa dengan apa pun yg kita dapat hari ini..
Juga, jangan rasa selesa dengan apa jua yg kita peroleh hari ini..

Kehidupan ini lebih bermakna dari sehelai kertas, ujian disekolah hanya meningkatkan "skill" kita dalam memikir tetapi ujian yg bukan diatas kertas lah yg mematangkan manusia.

Apa pun yang kita lakukan, jangan berhenti bergerak ke hadapan walau perit mana pun kehidupan, kerana org yg berjaya bukan kerana mereka "genius" atau dapat A dalam setiap peperiksaan mereka, tapi mereka adalah org yg percaya pd diri dan tidak pernah putus asa!

Apa gunanya, kalau kita dapat 5A atau 8As lepas tu kita rasa kita dh cukup bijak dan xmahu belajar lg?
Bukan saya nak kata, pelajar yg 5A dan 3A tu sama tarafnya, tapi yg cuba disampaikan adalah "usaha kita selepas ini", bagaimana?

Bagi yg dapat 3A mungkin kena usaha lebih sikit dr yg 5A, tp yg 5A tu pula jgn berhenti berusaha dan rasa diri dh cukup bijak dan memandang rendah pada org lain, kerana ini baru permulaan! Jadikan itu sebagai "kick-start" bagi sebuah kejayaan yg lebih besar ! :)


InshaaAllah, papepun..jgn lupa Man Jadda wa jadda! (Siapa yg berusaha, dia akan berjaya) inShaaAllah. Jadilah generasi, pembangun Ummah!^^v




No comments:

Post a Comment