Tuesday, November 12, 2013

Harapan Manusia.



Kenapa? Walau kita tahu yg segalanya sementara, manusia tetap berharap?
Sedih apabila dia meninggalkan kita
Marah bila apa yg terjadi tidak seperti yg dirancang
Padahal, kita semua tahu yg semuanya sementara, tiada apa yg sempurna!
Tapi kenapa kita tetap sedih dan kecewa? 

Kerana, kita ini manusia..dan kita lupa yg kita semua adalah "Insan"
Manusia memang sudah diciptakan untuk mengejar sesuatu yg pasti, mengharapkan sesuatu yg kekal!
Itu sebabnya diciptakan Syurga!
Kerana Syurga itu bersifat kekal dan sempurna.
Sesuai dengan apa yg diinginkan oleh setiap manusia..

Tapi, kita selalu tertipu dengan dunia yang sementara. Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan semata-mata. Apa yang didalam dunia itu bersifat sementara sahaja. Segala keindahan di dalamnya tidak menjamin kebahagiaan yg kekal. Yg hidup akan mati, yg susah hari ini mungkin senang esok, yg sayang boleh jadi benci, tapi yang mengharapkan kebahagiaan Syurga akan terus beruntung. 

Jika,
Manusia sentiasa berusaha untuk mencapai kebahagiaan di sana, pasti sedikit yg berputus asa. Bukan itu sahaja, segala masalah dapat diselesaikan dgn baik tanpa marah-marah kerana dia tahu semua masalah bersifat sementara. Apalah sangat kalau nk dibandingkan masalah itu pada nilai ganjaran Syurga yg kekal lg sempurna!

Wahai manusia yg diciptakan untuk mengejar kebahagiaan yg kekal lagi indah..
Kejarlah Syurga...









No comments:

Post a Comment