hari ni ku pulang ke tanah airku
Aku menaiki pesawat Air Asia. Perjalanan ku pulang ke tanah air mengambil masa 5 jam. Dengan perasaan berkobar-kobar, aku sering meninjau-ninjau keadaan di luar pesawat. Tidak sabar rasanya untuk menghirup kembali udara di tempat tumpah darah ku.
Setelah pesawatku mendarat, juru terbang memberitahu aku bahawa suhu di luar ialah sekitar 28 darjah. Bagi ku itu sudah cukup baik pabila mengenangkan suhu di perantauan kini yg hampir 34 darjah setiap hari.
Aku memulakan langkah riangku keluar dari pesawat. Dengan senyuman lebar, pramugari mengucapkan "selamat pulang ke tanah air".
Setelah melepasi kastam dan tuntutan bagasi, aku pun menaiki kereta yang dipandu oleh rakan ayahku. Dia membawa aku ke satu masjid. Disana, aku tunggu di dalam kereta sambil menunggu dia menunaikan solat Jumaat. Sambil ku menunggu, aku dapat mendengar khutbah yg sedang diberi oleh imam. Khutbah itu tentang remaja-remaja zaman sekarang. Aku terus teringat pada hamba-hamba Allah yang sekitar sebaya dengan ku yang telah rosak gara-gara terlalu dimanjakan oleh kekayaan dan kesenangan. Aku tahu, sesungguhnya kekayaan dan kesenangan itu adalah salah satu ujian Allah terhadap hambanya yang sangat besar.
Aku sering berdoa supaya adikku, rakan-rakanku, dan diriku juga takkan terhayut dibawa arus pancaroba.
Setelah selesai solat Jumaat, aku dibawa untuk makan tengah hari di sebuah restoran Melayu. Disana aku makan nasi ayam. Walaupun "simple",aku dpt terasa nikmatnya makan nasi ayam itu memandangkan perutku sudah mula memekik kelaparan.
Selepas itu, aku pun menyambungkan perjalanan. Dalam perjalanan ke rumahku, aku agak hampa dengan cara saudara-sadara setanah airku memandu kereta. Tidak salah rasanya untuk ku katakan bahawa ada diantara mereka memandu seperti hantu. Aku cuma dapat berharap satu hari mereka dapat meniru cara-cara orang di perantauan memandu. Namun, aku mungkin cuma dapat berharap sehingga ke akhir waktu.
Akhirnya, aku sampai di istana buatan ayahku. Sungguh indah taman yang telah digubah mama. Keadaan di dalam juga seperti menyambut-nyambut kepulanganku.
Aku cepat-cepat mengambil kunci bilikku dari beg mama.
Dalam bilikku, aku teringat kembali saat-saat suka duka ku di situ. Aku melemparkan pandanganku pada meja belajar yang jauh disudut bilikku sambil mengingati susahnya aku menimba ilmu semata-mata untuk membahagiakan mama dan abah.
Selepas beberapa minit tercegat di tengah medan kamarku, aku pun teringat bahawa aku belum lagi menunaikan solat zuhur. Dengan tangkasnya, aku pergi ke bilik air untuk mandi dahulu sebelum solat.
Selesainya aku mengambil wudhuk, aku pun cuba mengingati kembali di man aku meletakkan sejadah dan telekungku dahulu. Selepas itu, aku dengan terkial-kialnya cuba mengingati kiblat.
"Ya Allah, berilah kejayaan kepada aku di dunia dan juga di akhirat" doa yang aku amalkan setiap hari.
Bahagianya rasa sepulangnya ke tanah air.
Bahagianya dapat bersama-sama dengan mama, abah dan adik kembali seperti dahulu..Alhamdulila
aku berharap kepulangan ku ke tanah air dapat mengingatkan diriku, matlamat aku berada di perantauan.
sekian.
Quote for today:
"Kesenangan dan kebahagiaan adalah ujian yang sangat besar yang dapat Allah berikan kepada hamba-hambanya"