Sunday, January 9, 2011

KITA REMAJA

Angin di luar kelihatan agak kencang walau tiada tanda yang hujan akan membasahi bumi.
Berada dirumah saudara aku setelah lama tidak menjenguk dia dek kerana aku sering di perantauan membuatkan aku berasa riang dan disayangi.

Seperti biasa, pasti ada sahaja yang akan diborakkan mama dan mak cik aku.

"Sekarang ni I tgk remaja-remaja sekarang ni memang banyak dh terpesong, tak tahu la apa nak jadi" tiba-tiba salah satu ayat yang mereka sedang bicarakan itu dapat aku tangkap dengan tangkas.
Mungkin kerana aku juga remaja.

"alhamduLilah, anak you tidak macam mereka"kata mak cik aku kepada mama. 

Ketika itu perasaan bersalah ada juga terpahat di dada aku. Pada aku, terlalu banyak lagi yang perlu aku baiki, ilmu seluas angkasa belum aku terokai dan tak terkira rasanya dosa yang telah aku buat terhadap Pencipta aku, Tuhan yang maha esa.

Namun, aku terdetik juga untuk memikirkan nasib remaja seperjuangan aku ketika ini. 
Pergi ke kelab-kelab hiburan seakan-akan tempat itu adalah rumah mereka..
Berciuman dan berpelukan mengalahkan suami isteri..
Memandu dan menunggang motosikal seperti lebuh raya itu milik mereka..
Memonteng sekolah seakan-akan sudah dijamin masa hadapannya akan menjadi seorang jutawan..
Membuang bayi di merata-rata seakan-akan cuba kembali kepada zaman Jahiliah.

Nauzibillah...

Ya Allah, kenapa KITA begini??? Aku menggunakan "kita" kerana tidak patut untuk aku melepaskan diri daripada semua ini begitu sahaja kerana mereka adalah saudara-saudara aku yang patut aku nasihati dan jaga jua. Sudah lupakah kita bahawa kita semua bersaudara di muka bumi ini??
Aku juga menggunakan "kita"  kerana aku tidak mahu menunding jari ini pada mana-mana pihak. 

JADI KENAPA KITA BEGINI?
Ya Allah..apa KITA perlu buat?
Sebagai manusia yang kerdil, mengubah sesuatu perkara seorang diri bukanlah sesuatu yang senang.
Namun, mungkin dapat saya memberi pendapat serba sedikit.

First, terlalu ingin saya katakan yang

KITA AKAN MATI  SATU HARI!WE R NOT IMMORTAL
SO,KITA TAHU KE BILA KITA AKAN MATI????

Pastinya kita tidak tahu kan..alangkan doctor yang paling bijak di dunia pun tidak boleh meramalkan bila seseorang itu akan mati.. Mungkin seorang doc boleh mengangarkan bila..tapi dengan kuasa Allah, nyawa yang sungguh fragile ini boleh tamat pada bila-bila masa..

Bayangkan lah, 
seorang budak yang sedang berseronok bermain flying fox boleh tiba-tiba mati gara-gara kepalanya terkena besi penyangkut flying fox sahaja..
Seorang pemain soccer terkenal tiba-tiba mati akibat heart attack semasa sedang bermain di padang bola sepak.
Dua orang rakan mati kerana accident selepas pulang dari kelab, disyaki kerana pemandunya telah memandu dalam pengaruh alkohol.

Bayangkan kalau itu semua terjadi pada kita?
Pada waktu itu, sudahkah kita bersedia?sudah ke kita bersedia untuk menerima result atas everything that we have done in this world? 
Pada waktu itu, kita seolah-olah tidak sempat menjawab semua soalan SPM walaupun masa sudah tamat.
Pada masa itu baru kita terkial-kial mula nak menangis dan menyesal, namun kita tahu walaupun menangis air mata darah sekali pun, kita tidak dapat buat apa-apa tentangnya lagi. Semua dah terlambat.

SO?WHAT ARE WE WAITING FOR?
WE ARE NOT DEAD YET!!..alhamduLilah..Allah masih menyanyagi kita untuk memberi peluang setiap kali kita dapat menembus nafas.

Jadi, untuk itu..jom la kita cuba sedaya upaya untuk menjadi lebih baik..
kenapa kita perlu mengejar nikmat yang sementara secara haram di muka bumi ini jika Allah telah MENJANJIKAN nikmat yang FOREVER AND EVER untuk kita di akhirat nanti?
Kenapa kita tak mau mengejar nikmat yang forever tuu?
Susah?ye memang susah kan..tapi membuat perkara yang salah itu senang je ke? tak jugak kan? kerana kita terpaksa menconteng arang pada muka ibu bapa yang seperti telah banyak menelan duri-duri dan kaca-kaca tajam semata-mata mahu melihat kita menjadi manusia yang berjaya bila dewasa kelak.

"Memang rasa best buat jahat ni, contohnya kalo melakukan seks di luar nikah memang seronok rasanya, tapi seronok yang dapat dirasai cuma dapat kekal beberapa minit je, selepas itu hilanglah kehormatan diri, kehormatan diri itu hingga bila-bila pun sudah tidak ada lagi. so best lagi ke hidup kita lepas itu??"
kata-kata cikgu Biology aku semasa di bangku sekolah menengah dulu sentiasa dalam sanubari ini.

Secondly, kita tidak perlu jadi alim or ustaz or nerd or pendakwah untuk melakukan kebaikan..
Tidak semua yang baik adalah ustaz atau ustazah dan tidak semua ustaz dan ustazah adalah baik ye kerana mereka juga manusia.
Pada mata Illahi, tidak kira apa gelaran kita beri pada mereka, kebaikan dan keikhlasan hati kita yang lagi penting di mataNya.. Itu yang menaikkan darjat kita daripada yang lain, bukan darjat atau gelaran semata-mata.

Thirdly, rasakanlah diri kamu hebat dan cool bila dapat menolak apa-apa pun perkara mungkar dan nafsu yang seperti lagi hebat dari godaan syaitan. Ini kerana, tidak ramai yang boleh survive arus godaan dunia ini.
Kalau tak percaya, bacalah surat khabar, setiap hari ada je isu semasa perihal remaja. Remaja je yang buat hal. Jarang-jarang sekali remaja kita melakarkan kejayaan. Kalau ad pun, mesti dalam menyanyi, menari, modelling atau apa-apa yang berkaitan dengan hiburan sahaja.

Well, that's all for now. Maaf la kalau ada komen lebih-lebih pulak.Al maklumlah, diri ni pun banyak sgt kurangnya. Sama-samalah kita berkerjasama membawa diri ini menjadi lebih baik setiap hari ok.
Sama-sama la kita mengingati each other always..














1 comment:

  1. em, tak tau nape x bleyh nk edit post nih..dh byk kali cuba tp tetap catu, so ia agak tegantung!!x suka, x suka..nak want canekan..but i hope u ppl get my msg yeak!;p hv fun reading!

    ReplyDelete