Thursday, January 6, 2011

kawin????emmm..

sedang aku sebuk layan facebook dan membaca artikel-artikel online..
tiba-tiba mama datang,

"haaa...tersengih-sengih, tengok pe tuuu" kata mama.


"tengah baca artikel nii...mana ada tgk apa-apa'' kata aku balik sambil risau dengan statement mama yang mcm mencerugai kelakuan aku..


"cuba scroll down, mama nk tgk"

aku pun scroll down laman web yg sedang aku buka tuu...

"haa, siapa lelaki-lelaki ni???"" kata mama seperti mengusik apabila melihat gambar lelaki-lelaki yg terpapar di salah satu article yg sedang aku bace masa itu.

mama sangkakan mereka adalah rakan-rakanku, padahal bukan pun. Aku terangkan padanya yg aku tidak kenal pun siapa mereka, aku cuma membaca artikel yang terpampang bersama-sama gambar itu sahaja.Aku pun tidak tahu apa tujuan mereka letak gambar lelaki-lelaki ni.Pada sangkaan ku, salah seorang daripada mereka ni yang mungkin telah menulis artikel menarik yang sedang aku baca ni..

"ooo, ingat boyfren ke"" usik mama lagi.

"haiyh..mana adaaaa"..keluh diriku..

Tiba-tiba dengan tidak semena-mena...

"mama, macam mana if kak dhamirah xmau kawin?'' kata aku pada mama yang sedang merehat-rehatkan diri sambil berbaring di atas katil..

mama yang seperti agak terkejut dengan soalan aku tadi terus seperti terjaga dari rehatnya yang sementara tadi..

"kenapa pulak?""

"well, kak Dhamirah can jaga mama sampai bila-bila..plus, bila tengok dunia sekarang ni, susah nk jumpa lelaki yg betul-betul baik..kawin, cerai, kawin , cerai..ada je yg x kena...takut la..so daripada catu, baek sendirian" jawab aku yang seperti bersungguh-sungguh berbicara.

mama terdiam seketika
selepas itu dia pun mula berbicara..

"dhamirah, jodoh itu di tangan tuhan..ia akan terjadi dalam sekelip mata, bila ia terjadi dhamirah akan rasa somethg weird going on, time tu you'll feel like you can't live without him"

"hm, that makes me more scared, that feeling of "can't live without him".."'balas aku lagi..

mama pun seperti memikir seketika,seperti cuba untuk mencari jawapan yang betul dan sesuai untuk anak perempuannya yang keliru itu..

"ofcoz la it feels like "can't live without him", but sebenarnya you can" sambung mama sambil tersenyum..

"you know when it happen" tambah mama lagi.

aku cuma mampu mendiamkan diri..dan sambung membaca artikel yang tertangguh tadi..

*********************************************

Malam itu, sebelum aku tidur..kata-kata mama bermain-main di kepala ku..
sepertinya aku masih tidak dapat menerima perkahwinan untuk menjadi sesuatu yang pasti akan hadir dalam setiap hidup manusia..

mungkin kerana aku pernah terluka?kalau iye pun, orang lain juga pnah dilukai namun senang saja mereka meneruskan hidup mencari pasangan lain.

mungkinkah kerana aku tak layak mempunyai pasangan? kerana merasakan diri ku terlalu rendah untuk mengahwini mana-mana lelaki jenis idamanku.

entahlah..sekarang, perkara itu aku biarkan kosong dalam minda ku
tidak terlalu penting buat masa ini aku kira....
namun kalau masanya sudah datang, dapatkah aku membuka hati ini untuk menerimanya?
biarlah Allah tentukan..

2 comments:

  1. btol lah kata mama you tu..
    mama you mesti mengharapkan sesuatu nnt...
    ^_^

    new post of me :

    http://chillchocmaite.blogspot.com/2011/01/saya-nak-yg-nie-bleyh-x.html

    ReplyDelete
  2. mengaharapkan sesuatu?tak kisah laaa,dia mesti nak i hepi2, im hepi the way i am..;P

    ReplyDelete