Tuesday, January 11, 2011

Bersyukur

 "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitik mani yang bercampur, lalu Kami uji dia; maka Kami jadikan dia mendengar dan melihat. Sesungguhnya, kami telah menunjukinya jalan; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir." (QS. Al-Insan : 2-3).


**********************************************************************************


Setiap perkara yang Allah jadikan itu pasti ada hikmahnya..
Walau baik mahupun buruk..
Namun, kita tidak bolehlah bersandar terhadap dinding takdir sepanjang masa..
Kita juga harus berusaha semampu yang boleh..


Ramai yang jika berusaha dengan ikhlas, pasti akan berjaya.
Ada juga yang walaupun telah berusaha sekuat hati, masih tidak dapat memenuhi impian..
Jika tidak berjaya, jangan la putus asa. Cuba dan cuba sehingga dapat, jangan la berhenti berdoa dan tawakkal.
Kalau masih tidak miliki apa yang dikehendaki, pasti ada sebab-sebab yang baik disebaliknya..bak kata mak salleh: LOOK BEYOND WHAT YOU SEE
Jangan la salahkan takdir, kerana Allah itu lebih bijak dan lagi maha penyanyang. Dia tidak akan menguji hambanya yang Dia rasa tidak sanggup menanggungnya.




"Nak dengar satu carita tak Dhamirah?'' kata kak ana, salah seorang senior ku di perantauan.


"nak-nak, pe dia?" jawab ku dengan penuh perasaan ingin tahu, maklumlaa high curiosity 


"Disini ada satu cerita tentang seorang raja dan seorang pembantunya, salah satu orang kuat di Istana" kata kak Ana.
 "Pada satu hari, jari sang raja telah terluka. Maka dia pun mengkhabarkah perihal itu kepada pembantunya. Pembantunya itu pula hanya berkata pada sang raja; "Janganlah tuanku risau, pasti ada hikmahhnya"" tambah kak Ana lagi.


"Sang raja yang tidak berpuas hati dengan jawapannya pun telah membuat keputusan untuk memenjarakan pembantunya tadi kerana pada sangkaannya pembantu itu tidak menghiraukan lagi perihal sang raja yang sedang kesakitan itu"


"Kemudian pada satu hari, sang raja pun pergi memburu. Unfortunately, dia termasuk dalam perangkap orang asli didlm hutan itu. Ketika itu, orang asli sedang mengamalkan acara pengorbanan manusia. Namun, apabila raja diperiksa oleh orang asli, mereka mendapati bahawa raja itu tidak sempurna untuk dikorbankan kerana terdapat luka di jarinya. Maka mereka pun membebaskan sang raja"


"Lepas tu apa jadi ngan pembantunya??" tanya aku yang seperti tidak sabar untuk mengetahui apa pengakhiran cerita itu. 


"Haaa, Sepulangnya sang raja ke istana, dia pun terus membebaskan pembantunya itu. Dia telah mengakui bahawa memang betul ada hikmah terhadap luka yang dihadapi olehnya itu kerana dek luka itulah dia tidak jadi dikorbankan oleh orang asli itu." tambah kak Ana.


"Pembantu itu tersenyum dan berkata, tidak mengapa tuanku, ada juga hikmahnya patik dipenjarakan kerana jika patik tidak dipenjarakan, pasti patik akan mengikuti tuanku memburu dan sama-sama terjerat dalam perangkap orang asli itu...." tambah kak Ana lagi untuk mengakhiri jalan ceritanya itu.


Jadi can you get what the story is trying to tell me and you??


Cerita ini membantu kita untuk memahami erti hikmah.
Walaupun kita susah sekarang, di saban hari nanti pasti akan terungkai segala sebab mengapa ia telah ditakdirkan begitu.


"Kita perlu mempunyai hati yang dapat menerima dan bersabar tentang apa saja yang terjadi. Barulah kita dapat menyihatkan hati ini" kata seorang ustazah dalam salah satu episode halaqah di channel 9.


Walaupun begitu, pasti ada saat-saat kita hampir lupa tentang semua ini. Pada saat itu, kita seperti sudah tak terdaya lagi dan mula menyalahkan diri, tuhan dan orang lain. Biasalah, itu fitrah manusia untuk bersedih. Aku pun pernah saja melalui saat begitu, namun AlhamduLilah, ada saja yang membuatkan aku bangkit kembali.
Aku berharap jika aku lupa, ada yang dapat mengingatkan aku kembali. Maklumlah, aku ini manusia biasa juga yang mudah lupa.


Jadi, cuba lah semai perasaan bersyukur dengan segala apa yang kita miliki. 


***************************************************************************


"Ada satu ideology" kata-kata cikgu mathematic ku dahulu tiba-tiba melintasi fikiran ku.


"Jika orang itu menaiki kapal terbang, ingat la pada orang yang menaiki kereta. Jika orang itu menaiki kereta, ingatlah pada org yg menunggang motor. Jika org itu menunggang motor, ingatla pd orang yg berbasikal. Jika org itu berbasikal, ingat la pd org yg berjalan. Jika orang itu berjalan, ingat la pada orang yg di atas kerusi roda itu. Dan jika org itu berkerusi roda, ingatlah org yang hidup terlantar di atas katil. Akhir sekali, jika orang itu terlantar di atas katil, ingatlah bahawa dia masih bernafas" tambah cikgu math ku tadi.


Die mengingatkan aku itu supaya aku sentiasa ingat bahawa ada orang di dunia ini menghadapi perkara yang lebih teruk dan dahsyat dari aku. Jadi, aku seharusnya perlu bersyukur. 


Allah itu maha penyanyang, Dialah pencipta langit dan bumi.
Kita merancang tapi tuhan menentukan. Walaupun kita dikira makhluk yang bijak, berjuta-juta kali(x terkira rasanya) lebih bijak Allah itu. Maka siapa yang dapat merancang lebih baik? kita atau Allah?...C=











No comments:

Post a Comment