Aku bangkit lagi, dari jatuh..
Melihat screen pc..cuba membaca proposal yg diberikan..
Aku cuba memahami tapi alangkah kesalnya, mata ku pada screen, namun fikiran ku melayang ke angkasa..
Aku bingung, apakah ini..
Tiba-tiba lagu itu berkumandang,
Aku teringat suasana pada waktu aku mendengar lagu itu..
Aman dan damai, bahagia bergelak ketawa dengan sahabat andai..
oh indahnya..
ke mana perginya aku yg itu..
Sahabat aku katakan yg aku tidak mempunyai perasaan,
oh aku tidak pernah tersinggung dengan kata-katanya,
Sebaliknya, aku mengiyakan ..
aku mengakui, itulah aku...manusia yg "tidak punya perasaan"
Namun, bagaimanapun..aku tetap manusia..
Lalu, hari ini..aku tertanya lagi..mengapa aku begini..
bukankah aku sepatutnya manusia yg "tidak punya perasaan"
mengapa fikiran aku melayang tah ke mana..
Puas.
Puas aku memujuk hati...
"Hati, tolonglah panggil fikiran tuk kembali.."
katakan padanya, sudahlah..jangan kau merayau lagi..
Aku manusia tidak mempunyai perasaan..
Tapi hari ini Allah telah mengajar aku,
yg Aku adalah manusia juga..
Dia meniupkan perasaan..
Menguji kekuatan imanku..
Aku manusia "tidak punya perasaan"
oh ya RABBI! oh ya Rahman! oh ya Rahim! o ya Allah!
sungguh, aku telah sombong dengan Mu,
menidakkan apa yg telah Kau anugerahkan..
berpura2 untuk tidak menjadi manusia biasa..
kerana sungguh....aku sebenarnya manusia mempunyai perasaan...
yaAllah..kembalilah aku pada masa itu..
masa aku bersama sahabat ku..
semasa aku rasa tenteram dan damai..
Ampunilah aku Ya Allah..
Sekian..
Yang sangat mengasihiMu,
Dhamirah
(Manusia yg mempunyai perasaan)
bangkit bila di tolak jatuh bangun semula :)
ReplyDeleteye betol :)
Delete