Aku fikir .
Apa pulak baju nak pakai esok?
Tudung apa yg matching?
Minyak keter dh nak habis. Cukup ke tuk balik nanti?
Perlu ke aku minta maaf dari mama? Salah ke aku?
Aku fikir.
Siapakah Jodoh aku? Dia kah?
Banyaknya Pinggan di dapur yg kena basuh
Kain xlipat2 lagi
Kain xlipat2 lagi
Malam ni aku patut masak atau beli je dari Kedai?
Baju untuk kenduri x ada lagi. Mcam mana ni?
Kasut yg sesuai?
Malam tadi aku x cukup tidur, habislah eye bag lagi.
Allah! BANYAKNYA MASALAH!
Tiba-tiba lagu “so soon” by Maher Zain berkumandang.
Mungkinkah ini salah satu cara Allah memberitahu aku, “wahai
Dhamirah, benarkah kau mempunyai masalah?”
Tetiba aku malu pada diri, betapa kecil masalah aku
sebenarnya..
Macam mana agaknya saudara ku di Palestin? Rohingya? Syria?
Africa?
Masalah mereka lebih berganda-ganda besarnya. Namun, tabah
dan sabarnya mereka dijanjikan Syurga!
Bukan “nk masak atau beli” yg menjadi tanda tanya tapi “cukupkah
makanan?”
Bukan pinggan mangkuk yg menjadi kerisauan, tetapi
rumah..masih adakah rumah pada hari esok?!
Bukan “patut ke aku minta maaf pada mama?” tapi “masih
adakah keluarga untuk dibelai esok?”
Sahabat, saudara saudari..
Apalah sangat masalah kita pada hari ini..
Renungkan.
"Jangan kata Allah aku punya masalah, tapi katakan pada masalah yang aku punya Allah maha segalanya! "(Saidina Ali bin Abi Talib)
masalah memang sentiasa ada.
ReplyDeletecuma macam mana kita mahu berdepan dengannya..
ye betul3. :)
Delete