AlhamduLilah syukur aku dihidupkan lagi hari ni..
Melihat pada keadaan diri ku skrg, aku rasa bersyukur dihidupkan kembali dari "mati" yg sementara..
Jika aku tidak dihidupkan, aku khuatir pada nasib roh ini..
Kalau aku mati, bagaimana agaknya malaikat akan menjemput ku? Adakah dengan kekerasan?atau dengan penuh kelembutan?....aku menangis..
MasyaAllah, aku bersyukur sekali lagi..
Melihat manusia-manusia disekeliling ku, berbagai2 jenis manusia tetapi semuanya hebat belaka..
Aku bersyukur kerana kehadiran mereka dalam hidup aku selalu membuat aku cemburu..
Ya cemburu..
Aku cemburu pada keikhlasan yg ada pada hati mereka..
Aku cemburu pada kesungguhan mereka beristiqomah...
Aku cemburu dengan kesabaran yg ada pada mereka..
Aku cemburu dengan ujian yang diberikan pd mereka..
Aku cemburu kerana mereka tidak mencemburui aku..
Walau sebanyak mana pun aku cuba mengawal kemarahan aku, aku tahu aku tidak akan dapat sesabar mereka..
Walau betapa byk kali aku membaca, ilmu ku masih jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan ilmu mereka..
Walau sezuhud mana pun aku, terlebih-lebih zuhud lagi mereka!
Kalian,
Berdampinglah dengan hamba-hamba Allah yg membuat kamu rasa tidak cukup..
Bukan tidak cukup kaya atau cantik di luar..tidak..
Tapi yang membuatkan kamu rasa tidak cukup baik, tidak cukup bijak, tidak cukup istiqomah, tidak cukup ikhlas, tidak cukup bersyukur, tidak cukup usaha untuk mendekatkan diri pd Allah!
Carilah hamba-hamba Allah ini, hamba-hamba Allah yg sentiasa membuat kamu mensyukuri nikmatnya kerana walau dengan dosa-dosa keji yang telah dilakukan, Allah tetap memberimu nikmat-nikmat yg kamu sendiri tidak dapat beli dengan amalmu!
Pegang, pegang eratlah hamba-hamba Allah ini, kerana mereka inilah bakal penghuni syurga..Mungkin jika aku tidak layak dimasukkan ke dalam syurga, sekurang-kurangnya aku sudah melihat penghuni-penghuninya di dunia ini...
"Selemah-lemah manusia adalah manusia yang tidak dapat mencari sahabat,danorang yg lebih lemah dari itu adalah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"- Saidina Ali..
No comments:
Post a Comment