Thursday, April 18, 2013

Islam, Poligami & Wanita

Bismillahirahmanirahim..
Hari ini saya ingin menyentuh isu yg slalu "dipanas-panaskan" apabila masyarakat berbicara tentang Islam.
Apakah isu itu?
"Oppression of women in Islam" dan yg paling hangat dibicarakan berkaitan dgn topik berkenaan ialah konsep poligami dan aurat.

Tapi di sini saya ingin menyentuh konsep poligami.
Adakah benar ia merupakan satu sunnah?

Ketua Ulamak Sedunia, Professor Sheikh Dr Yusof Al-Qaradawi dalam bukunya "Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idam-idamkan" berkata:
"Asas yang mendominasikan dalam sesebuah perkahwinan yang sebenar ialah seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan. Ini lebih dekat dengan prinsip Mawaddah, Warahmah, dan Sakinah, kasih yang focus, tak menyakitkan dan tidak disakiti"

Dari segi Fiqh Al- Aulawiyat , fiqh keutamaan, kawin 1 lebih utama dari berpoligami.

[Fiqh Al- Aulawiyat : meletakkan suatu pertempatan dengan adil. Dalam kata lain, sesuatu yang tidak penting tidak wajib dipentingkan. Prioritization ]

Jadi Poligami itu sebenarnya Rukhsah.

[Rukhsah: Keringanan apabila ada masalah dari segi individual atau masyarakat]

Individual seperti isteri tidak bernafsu, tidak sihat dan sebagainya.
Masyarakat seperti peperangan, perempuan terlampau ramai dari lelaki dan sebagainya

Kalau lelaki sekarang kata berpoligami itu sunnah, dia tidak tepat. Apakah itu sunnah? Sunnah adalah cara atau kebiasaan, perkara2 yang Rasulullah saw biasa lakukan. Dalam buku Sheikh Yusof Al-Qaradawi, beliau menjelaskan bahawa Rasulullah berpoligami pada lebih kurang 10 tahun akhir jangka masa hidup baginda, manakala selebihnya Baginda tidak berpoligami. Jadi, beliau menjelaskan bahawa kebanyakan masa Rasulullah fokus pd perkahwinan bukan poligami.

Apakah benar Islam tidak memberi hak pada para wanita?

Jika lelaki mempunyai hak untuk berpoligami, wanita juga mempunyai 3 hak dalam isu poligami. Seorang perempuan mempunyai hak untuk:

- Merelakan dirinya dimadukan
- Melindungi poligami dengan menjelaskan pada mahkamah bahawa dia takut ia akan memudaratkan dirinya, anak-anaknya dan bakal isteri baru jika suaminya berpoligami
- Hak untuk membebaskan

Hak untuk membebaskan ini terbahagi kpd 2 iaitu:
- isteri boleh mengenakan syarat Taqlid iaitu ibarat "menyediakan payung sebelum hujan" syarat sebelum bernikah

- Dan jika Isteri takut mengingkari nikmat Allah, tidak dapat lg mematuhi suami iaitu tidak dpt lg menegakkan hukum Illahi lagi bagi seorang isteri pd suaminya, dia boleh minta untuk diceraikan. Perkara ini tidak salah dan tidak asing kerana bahkan isteri Tsabit bin Qais juga pernah bertemu Rasulullah saw dan mengadu kepada Baginda tentang hasrat suaminya dan kerisauannya untuk tidak mampu taat pada suaminya itu, maka Baginda menyuruh isteri Tsabit ini memulangkan kebun yg merupakan mahar perkahwinan meraka pd Tsabit. Kemudian gugurlah talak pada mereka" (Hadis Sahih Riwayat Al- Bukhari)

Para pembaca sekalian (ewah bajet cam ramai, tp kalo ramai AlhamduLilah semoga ramai yg dpt sy berkongsikan ilmu)..

Ilmu-ilmu yg baru sy kongsikan td, bukanlah sy mereka-reka, tp sy petik dan rumuskan dari ceramah Ustazah Fatimah Syarha yg comel lagi solehah..huhu..semoga Allah memberkati beliau dan keluarganya.

Islam itu adil. Allah memahami fitrah ciptaannya. Jadi, tak mungkin tuhan yg maha Agong lg Maha Penyanyang tidak memahami fitrah wanita yg berjiwa halus dan lembut ini kan?
Kerana itulah pentingnya kita sebagai seorang Muslim zaman skrg mengumpul sebanyak ilmunya supaya kita tidak tertipu dengan pemikiran Capitalist dan Orientalist Barat. Juga supaya kita sendiri tidak melakukan fitnah kepada Islam itu sendiri.

Islam tidak pernah akan memaksa wanita. Islam tidak zalim malah ia sangat melindungi dan kasih terhadap wanita.

"Oh Muslimah, Allah cinta padamu, Rasulullah kasih pada mu" 





Hayatilah lagu tu wahai Muslimah.. :')


PEACE yaw! -.-v

Assalam wbt.


















Wednesday, April 17, 2013

Jaga Diri, Sayang Allah.

ok so hari tu Dr. Muhaya kata..
 "kalo kita x jaga kesihatan kita, diri kita, means kita x syg diri kita sendiri"
"dan siapakah yg menciptakan diri kamu?"
"Allah lah yg menciptakan diri kamu"
"Jadi jika kamu x syg diri kamu, bermakna kamu tidak sayang penciptanya"

uhuk. Terkedu sebentar.

Teringat segala nasi lemak, laksam, chicken chop, cheese cakes yang aku dh lahab selama ini
Kalo before ni aku cam, "alaa cantek tu subjektif, buat pe nk susah2 jaga badan segala"
Hari ini aku akan mengubah persepsi tu dan meletakkannya pada yg betol iaitu "ok aku kena jaga badan, makan makanan2 yg berkhasiat or atleast mkn makanan2 kurang berkhasiat pd kadar yg berpatutan shj BECAUSE aku xnk menghampakan Pencipta jasad ini!"

Kalau before ni aku cam "tutup telinga" bila mak suruh jaga makan and all sebab aku selama ini stick to a prinsip- "Ma, we only live once"..hari ini, aku sudah menukar prinsip kepada "OK, aku kena jaga kesihatan dan permakanan sbb aku tidak mahu pencipta jasad ini hampa dan....................untukbakalsuamitercinta"
Tak nak la skrg chantek, bila da kawin perut membuncit en.
HOHO

So, sejak Dr. Muhaya ckp catu..setiap kali aku nk makan lebih2 macam ada suara yg bercakap pada aku yg berbunyi cani...

"HOIIIIII, kau tak sayang ke pada Pencipta jasad kau ni?? Kau sedar tak jasad ni dipinjamkan pada kau..dan satu hari Kau harus pulangkan padaNya...dan Dia akan tanya pada kau ttg macam mana kau jaga jasad yang dipinjamkan ituu"

Haa, semua tu aku cam terfikir dalam 1 saat ..gitooh

So, skrg as a start aku cam made a list for how should I take care of my health:

1) Eat oats at least once in 2 days
2)Drink Plenty of water! (Atleast 2 (500ml) bottles+ 5 glasses of plain water a day)
3) Minimize rice intake
4) Drink herbal tea for detoxification (Gitooh)

Not much, but hey could be a start kan?
I guess in life, your Niat on things you are doing is important..
How you think about it and in what kind of perspective is important to lead you to do certain things.

If before this I thought "well, this is my body and I shall do what I think I should with it" , now it has changed to "This body is ALLAH's, I have to take care of it " 

When I'm thinking this way, I am oblige to take care of myself
Plus, motivated since I am taking care my own body and health for the One I love most and for ...wellmyfuturehusband. TEEHEE







Tuesday, April 9, 2013

Perubahan ini

Lawak kadang2 bila dengar balik kata2 sahabat yang mengungkit kembali babak2 pertama pertemuan kami.huhu
Bukan apa, kebanyakan impression pertama mereka terhadap aku cam frustrating jugak lahhh.haha
Tapi, macam mana pun aku tak pernah menyalahkan mereka. Infact, aku faham benor2 kalau itulah impression pertama mereka terhadap aku 3 tahun dulu.
Ada yang tanya, macam mana aku berubah?
Chop! Berubah keeer?hohoo

Well, aku mengakui aku dalam keadaan yg lebih baik sekarang berbanding dahulu.
Tetapi ini tidak membuatkan aku lebih baik dari semalam atau dari manusia2 sekelililing aku!

Kenapa?
Iman aku tidak selalunya teguh, aku akui ada kalanya diri ini terbabas juga T.T
Terlepas juga kata2 yang menyakitkan hati org
Bertikam lidah juga kadang2 dengan ke2 org tua ku..
Aku akui, aku tidaklah sebaik mana..
Tetapi yg pasti, hati aku sekarang lebih tenang..
Aku berasa dikasihi dan tidak kisah untuk mengasihi tanpa meminta-minta untuk dikasihi balik..
Aku lebih mudah menerima teguran, musibah dan ujian berbanding dahulu..
Dan hampir setiap kali melakukan setiap perkara, aku akan memikirkan ttg balasan yg akan menimpa aku..

1)Saat Mula2 Berubah (Mencari Hidayah, Bukan Menunggu)

AlhamduLilah, aku dibesarkan oleh ibu bapa yg kuat pegangan agamanya. Namun, "Iman tidak diwarisi". Abah dan mama letih menyuruh aku menutup aurat, dan sebagainya tetapi waktu itu aku hanya memikirkan ttg diri sendiri dan keseronokan duniawi semata-mata.


[Hidayah Allah itu tidak akan datang tanpa diundang. Bukan Hidayah yang mencari kita, tetapi kitalah yang harus mencari-cari Hidayah. Bukan Hidayah yg menunggu kedatangan kita, tetapi kitalah yg harus mengetuk Pintu Hidayah !]

Walaubagaimanapun, aku bersyukur kerana Allah telah menjadikan aku manusia yg curious . Manusia yang suka menyoal dan memerlukan explanation untuk segala yg disuruh. "Kenapa?kenapa?" selalu menjadi persoalan.
Aku tahu, agama ini pasti lebih dari sebuah kewajiban shj. Agama ini pasti mempunyai motif!
Setiap perkara yg disuruh bukan hanya "Well, because Allah xsuka/suka" but there must be a solid answer for them.


Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya yang mencari2 cahaya hidayah...

2)Perjumpaan (Hidayah mencari kita)

Apabila kita mencari, Hidayah itu akan tiba meskipun kita seorang kafir!
AlhamduLilah, aku telah terbuka hati untuk mengikut sahabatku ke usrah pada satu hari itu..
Pada mulanya, tujuan utama aku ke usrah adalah untuk mencari kawan baru..hee
Tetapi alhamduLilah, sejak itu aku menjadi tertarik dengan isi kandungan usrah ituuuu
Bukan sahaja medium untuk berkongsi ilmu, tetapi disitulah tempat meluahkan perasaan, bermesra, dan berhibur. wuwuwuu

Finally, usrah menjadi medium permulaan untuk aku mendapatkan jawapan-jawapan yg sudah lama aku tunggu .

Apabila kita mencari Hidayah, Hidayah juga akan mencari kita..

3)Ketenangan

Aku tidak pasti bila specifically aku mula merasai ketenangan.
Tenang meskipun aku tidak berkapel, tenang meskipun musibah melanda..
Namun, aku akui..terdapat masa hati ku menjadi serabut, gusar dan gelap. T.T
Itu bermakna aku sudah jauh dari Tuhanku..
PAUSE!Berhenti seketika, menangislah sepuasnya...dan meminta maaflah drp Allah..gerenti! ketenangan akan dirasai semula..

4)Percaya

Percaya kepada Allah dan berbaik sangkalah kerana setiap perkara yg berlaku itu pasti ada hikmahnya. Jangan sesekali kita bersangka buruk pada Allah kerana takut Allah akan "memakbulkan" segala sangkaan buruk kita walau pada mulanya xder apa2 pun!

Tapi, hanya bila kita memahami baru kita dapat mempercayai..
Dan..apabila kita mencari, baru kita dapat memahami..

Paling penting, berubahlah STEP BY STEP..
Perubahan tidak bermakna dari pakai skirt esoknya terus pakai Niqab!
Niat harus betul !

k, dats all uols. Aku xder la baik sgt pun..like I said, aku akui yang aku dalam keadaan yg lebih baik skrg..tetapi itu tidak semestinya membuatkan aku cukup baik, lebih baik dari semalam dan lebih baik dari manusia2 sekeliling aku.










Monday, April 8, 2013

Lagu-lagu kita ^^



Korang ada tak lagu-lagu yang apabila korang dengar, teringat seseorang atau tempat..atau keadaan pada masa itu?
haha..aku ada..

Bila aku dengar lagu2 Rossa..aku teringat time summer course..hari2 aku dengan wani..lol
Bila aku dengar Tentang Rasa, aku teringat rumah manis rumah cooper ..and aku teringat unit Company Law!haha
Bila aku dengar Party Rock Anthem plak..aku teringat kat Yaa! hahaha..well,kita 2 je yg tahu kenapa :P
Bila aku dengar lagu Beauty and the Beat, Aina akan muncul.hahaha
Bila dengar lagu Teman Sejati pulaa, teringat Kak Eny and Kak Ana pada waktu kita sama-sama cuba menjawab soklan2 Math ..huhu...*tgh2 stress pun sempat feeling2 lagu teman sejati..*
Bila dengar lagu I dont wanna miss a thing plak, teringat .....

oh byk sangat la lagi sebenarnya..!
Tapi buat masa ni, tu je list lagu yang terlintas dalam fikiran..heee

I hope I will always remember..
Walaupun lah kan lagu2 xbaik dgr byk2, tp well..aku rs xsalah kalo lagu-lagu ni mengingatkan aku pada insan2 yg aku sgt kasihi ..
Atleast, terubatlah sikit rindu di hati..gituuu

Kepada semua sahabat2
Ana kasih pada anda-anda Lillahitaala!
Saya harap korang jaga diri baek2 ..
Maafkan lah segala salah silap..
Halalkanlah segala makan mimum kalo2 ada terambil..
Redokan segala ilmu yg telah dikongsi..huhu

<3


Thursday, April 4, 2013

Baby yang berfikir

Semalam masa aku lepas solat, aku cam teringat kat baby Hadhiwaaa.. *ohtersengatcomehnya*
Pastu aku cane tah boleh teringat kat gambar baby2 dalam perut mak dia tu..alaaa2 ..yg ni.....


Rasa2 kita baby yang mana?huhu..harap2 bukan yg Atheist tu dak?!
klah aku panggi baby Atheist tu comot n baby yg bertanya tu comel.

Disini, comel menanyakan comot ttg kewujudan ibunya, 
pastu comot jawab "come on lah brother, mak tak wujud lah..i mean come on, pernah ke kau tengok mak?"

Comot ni xfikir ke dia di mana? Macam mana dia terwujud? Siapa yg bg dia makan?
Siapa yang lindungi dia? Dari mana dia mendapat udara? dan so on
Senang citer, comot ni mmg pikir pendek or tak pikir langsung. -.-


" Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir."(al Ra'd : 3)

Dato2, Datin2, Tuan2, Puan2, dan sehabat handai sekalian *bajetdatodatinnakbaca* uols,
Adakah kita termasuk dalam golongan kaum yang berfikir?
Sejauh manakah kita berfikir? Sejauh mana kita sedar yang kita adalah hamba! Hamba yg bergantung pada Allah yang menciptakan segalanya!Tanpa udara, makanan, dan segala nikmat dariNya mampukah kita hidup sekarang ini? wujudkah kita tanpa Nya? 

Janganlah kita jadi cam comot, well...atleast comot ada la gak peluang tuk betulkan persepsi dia bila dia dilahirkan nanti,,
But us?  mati is mati..no turning back! 

" Dan mereka (para penghuni neraka) itu berteriak di dalam neraka itu: “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (ke dunia), niscaya kami akan mengerjakan amal yang soleh berbeza dengan dahulu telah kami kerjakan.” (Faathir: 37)


We must think! so that we Remember!
We must think! So that we are grateful for what we have! 
We must think! So that we are always depending on Allah swt! 
We must think! So that we never give up on His rahmat!
So that we submit as His servants.
So that we will not regret on the Judgement day.

Berfikirlah!

Tuesday, April 2, 2013

Kenapa tak terus sambung master?

AlhamduLilah aku dh selesai dengan degreeeeeee..syukur2!
So bila dh grad ni soklan paling common is, sambung belajar ke keje ke kawen? EH.

Ada yang cakap "belajarlah, mudo lagi tuu"
Ada yg ckp " keje je terus! pastu kawen" EH

Sekarang nk habaq mai yg aku chose to kerja temporarily just for experience sake sebelum aku sambung study inShaaAllah kalo ada rezeki..(ok I REPEAT - KALO ADA REZEKI)

So skrg ni, aku tgh kerja temporarily kat PKNS. 
Ada yg tanya nape PKNS?
haha..why not PKNS? 
Aku actually bangga la gak en dpt keje kat PKNS ni hehe sbbnya ia merupakan salah satu firm yg byk membantu dlm pembangunan Selangor yg konon2 org kata the richest state in Malaysia. (yeker?)
Basically bukan aku xnk keje kat BIG 4 tapi memandangkan aku ingat nk keje jap je and aku xder keter sendiri yet and situation rumah skrg yg cam xder org nk jaga cuz bibik dh lari  -.-"  ..aku pun chose to cari kerja area Shah Alam jela. AlhamduLilah sebab last2 dpt kat PKNS (HPAIC Tower) yg cam belakang rumah je haa . Tapi tu pun 30 min gak la nk sampai kalo traffic jam di pagi hari. Bayangkan kalo aku kerja EY (Ernst & Young)?!
Tu baru takat belakang umah 30 minat jem! 
Aku hingat lagi hari tu 2 JAM aku stuck dlm jem masa nk g EY tuk employment interview (which last2 I told em' not to proceed my application cuz cam rasa jahat plak kalo tipu yg aku nk keje tetap padahal keje baper bulan je heh) 

So, ramai gak pelik (bajet ramai) nape aku nk susah payah keje dulu baru nk sambong padahal depa tau rindu aku pada Uni life menggunung!

So here are the reasons:

1) Aku tak pernah ada experience langsung buat bisnes/account/finance kat Malaysia. Sebab dulu aku dak pure science and hbs SPM teruh fly ke Australia. So aku hanya study account/bisness/economics/finance based on Australianya cara. Kita sume taw en Australia tu advanced country and kita ni developing country, so ofcoz la ada perbezaan di situ. 

Cara komunikasi dan persepsi dan environment keja Australia and Malaysia pun berbeza kot. Terms2 account yg diguna pakai pun ada yg lain. 

Aku tak kata "Kalo catu sia2lah aku study kat Australia catu!"..oh Tidak2..
Byk je persamaan antara cara kerja Australia and Malaysia bila aku dh kerja ni..
Cuma tulah, I just want to learn from Malaysian perspective plak uols.

2) To add on my CV. Aku bukanlah student yg hebat sgt pun, so bagi aku working experience actually lagi membantu daripada mempunyai berpuluh2 education certificates tapi tak pernah keje. To me, tempat kerja dpt mengajar aku byk perkara yg University xdpt ajar. Contohnya, cara bercakap, formality, isu semasa, etc etc. Malah, bila kerja kita berpeluang untuk meluaskan network kita. Haaa.
Lecturer aku pnah la habaq kan, sebenarnya kejayaan kita dlm kerja nanti 70% depends on network kita ngan org, 20% depends on pengetahuan kita pada undang2 dan isu semasa, and lg 10% dari apa yg kita study masa Uni.(PFFFTTT penat2 aku study 10% je?! takpa2..kalo kita study Lillahitaala, ilmu kita akan dikira 100% oleh Allah swt!)

3) Well, aku rindu to be with my family and my country ni. Dh cukup lama dh aku kat Australia (k cam poyo je cuz xdeerla lama sgt kalo baru 3 tahun setengah). Aku rasa apa salahnya aku be here again with my family before aku balik mengejar cita2 gituww.

kk.tu je. *bajetadaorangkisah*

Assalam! 
oh ps: Isteri Hilal Asyraf baru melahirkan puteri sulung mereka!! wah3! AlhamduLilah. baby so comeh! 

Monday, April 1, 2013

Perth


..


Bunyi telefon office berdering2..


Persekitaran tidaklah sesebuk mana tetapi semua seperti khusyuk melihat screen PC..
Sebuk bekerja mungkin...atau ada yang melayari laman2 sesawang seperti aku sekarang..huhu

Di dalam semua itu,
Aku seorang tenggelam dalam mimpi separa sedar ku ini..
Merenung ke jendela,aku teringat hirupan udara segar semasa aku di bumi kangaroo itu.
Bunyi kereta yang sesak disini digantikan dengan bunyi burung-burung comel yang berkicauan di sana..
Pokok2 seperti melambai-lambai bersorak setiap kali aku pulang dari University,

Angin seperti membelai-belai cuba bermanja dengan ciptaan Illahi ini,
Air yang tetap sejuk dan nyaman mahupun bila udara panas membakar diri

Sungguh ini bumi tanah tumpah darah ku yang paling ku cintai,
Tapi terdapat lagi satu bumi di dunia ini yang hatiku mungkin selamanya akan terpaut di situ,

Bukan kerana keindahan bumi itu sahaja yang telah menjerat hati ini,
Tetapi..
Tetapi di bumi itulah aku diajar untuk berdikari
Di bumi itulah, aku buat pertama kalinya berjauhan dengan keluarga tercinta
Jika aku bak puteri di sini, di bumi itulah aku di layani bak seorang kelasi Nakhoda...


Itulah! Itulah bumi yang telah menyaksikan perubahan diri ini,
Itulah bumi yang telah ditakdirkan untuk mendekatkan aku lagi pada Pencipta kami.

Di situlah aku berjumpa dengan sahabat-sahabat sejati..
Di bumi itulah aku bertapak setiap hari untuk menimba setitik dari ilmu Illahi..

Iye..
Bumi Malaysia ini tanah tumpah darahku..
Tetapi sebahagian dari hatiku sudah terjerat di bumi kangaroo itu.




-Perth, Australia-