Bukan apa, kebanyakan impression pertama mereka terhadap aku cam frustrating jugak lahhh.haha
Tapi, macam mana pun aku tak pernah menyalahkan mereka. Infact, aku faham benor2 kalau itulah impression pertama mereka terhadap aku 3 tahun dulu.
Ada yang tanya, macam mana aku berubah?
Chop! Berubah keeer?hohoo
Well, aku mengakui aku dalam keadaan yg lebih baik sekarang berbanding dahulu.
Tetapi ini tidak membuatkan aku lebih baik dari semalam atau dari manusia2 sekelililing aku!
Kenapa?
Iman aku tidak selalunya teguh, aku akui ada kalanya diri ini terbabas juga T.T
Terlepas juga kata2 yang menyakitkan hati org
Bertikam lidah juga kadang2 dengan ke2 org tua ku..
Aku akui, aku tidaklah sebaik mana..
Tetapi yg pasti, hati aku sekarang lebih tenang..
Aku berasa dikasihi dan tidak kisah untuk mengasihi tanpa meminta-minta untuk dikasihi balik..
Aku lebih mudah menerima teguran, musibah dan ujian berbanding dahulu..
Dan hampir setiap kali melakukan setiap perkara, aku akan memikirkan ttg balasan yg akan menimpa aku..
1)Saat Mula2 Berubah (Mencari Hidayah, Bukan Menunggu)
AlhamduLilah, aku dibesarkan oleh ibu bapa yg kuat pegangan agamanya. Namun, "Iman tidak diwarisi". Abah dan mama letih menyuruh aku menutup aurat, dan sebagainya tetapi waktu itu aku hanya memikirkan ttg diri sendiri dan keseronokan duniawi semata-mata.
[Hidayah Allah itu tidak akan datang tanpa diundang. Bukan Hidayah yang mencari kita, tetapi kitalah yang harus mencari-cari Hidayah. Bukan Hidayah yg menunggu kedatangan kita, tetapi kitalah yg harus mengetuk Pintu Hidayah !]
Walaubagaimanapun, aku bersyukur kerana Allah telah menjadikan aku manusia yg curious . Manusia yang suka menyoal dan memerlukan explanation untuk segala yg disuruh. "Kenapa?kenapa?" selalu menjadi persoalan.
Aku tahu, agama ini pasti lebih dari sebuah kewajiban shj. Agama ini pasti mempunyai motif!
Setiap perkara yg disuruh bukan hanya "Well, because Allah xsuka/suka" but there must be a solid answer for them.
Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya yang mencari2 cahaya hidayah...
2)Perjumpaan (Hidayah mencari kita)
Apabila kita mencari, Hidayah itu akan tiba meskipun kita seorang kafir!
AlhamduLilah, aku telah terbuka hati untuk mengikut sahabatku ke usrah pada satu hari itu..
Pada mulanya, tujuan utama aku ke usrah adalah untuk mencari kawan baru..hee
Tetapi alhamduLilah, sejak itu aku menjadi tertarik dengan isi kandungan usrah ituuuu
Bukan sahaja medium untuk berkongsi ilmu, tetapi disitulah tempat meluahkan perasaan, bermesra, dan berhibur. wuwuwuu
Finally, usrah menjadi medium permulaan untuk aku mendapatkan jawapan-jawapan yg sudah lama aku tunggu .
Apabila kita mencari Hidayah, Hidayah juga akan mencari kita..
3)Ketenangan
Aku tidak pasti bila specifically aku mula merasai ketenangan.
Tenang meskipun aku tidak berkapel, tenang meskipun musibah melanda..
Namun, aku akui..terdapat masa hati ku menjadi serabut, gusar dan gelap. T.T
Itu bermakna aku sudah jauh dari Tuhanku..
PAUSE!Berhenti seketika, menangislah sepuasnya...dan meminta maaflah drp Allah..gerenti! ketenangan akan dirasai semula..
4)Percaya
4)Percaya
Percaya kepada Allah dan berbaik sangkalah kerana setiap perkara yg berlaku itu pasti ada hikmahnya. Jangan sesekali kita bersangka buruk pada Allah kerana takut Allah akan "memakbulkan" segala sangkaan buruk kita walau pada mulanya xder apa2 pun!
Tapi, hanya bila kita memahami baru kita dapat mempercayai..
Dan..apabila kita mencari, baru kita dapat memahami..
Paling penting, berubahlah STEP BY STEP..
Perubahan tidak bermakna dari pakai skirt esoknya terus pakai Niqab!
Niat harus betul !
k, dats all uols. Aku xder la baik sgt pun..like I said, aku akui yang aku dalam keadaan yg lebih baik skrg..tetapi itu tidak semestinya membuatkan aku cukup baik, lebih baik dari semalam dan lebih baik dari manusia2 sekeliling aku.
Dan..apabila kita mencari, baru kita dapat memahami..
Paling penting, berubahlah STEP BY STEP..
Perubahan tidak bermakna dari pakai skirt esoknya terus pakai Niqab!
Niat harus betul !
k, dats all uols. Aku xder la baik sgt pun..like I said, aku akui yang aku dalam keadaan yg lebih baik skrg..tetapi itu tidak semestinya membuatkan aku cukup baik, lebih baik dari semalam dan lebih baik dari manusia2 sekeliling aku.
No comments:
Post a Comment