Hari ini saya ingin menyentuh isu yg slalu "dipanas-panaskan" apabila masyarakat berbicara tentang Islam.
Apakah isu itu?
"Oppression of women in Islam" dan yg paling hangat dibicarakan berkaitan dgn topik berkenaan ialah konsep poligami dan aurat.
Tapi di sini saya ingin menyentuh konsep poligami.
Adakah benar ia merupakan satu sunnah?
Ketua Ulamak Sedunia, Professor Sheikh Dr Yusof Al-Qaradawi dalam bukunya "Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idam-idamkan" berkata:
"Asas yang mendominasikan dalam sesebuah perkahwinan yang sebenar ialah seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan. Ini lebih dekat dengan prinsip Mawaddah, Warahmah, dan Sakinah, kasih yang focus, tak menyakitkan dan tidak disakiti"
Dari segi Fiqh Al- Aulawiyat , fiqh keutamaan, kawin 1 lebih utama dari berpoligami.
[Fiqh Al- Aulawiyat : meletakkan suatu pertempatan dengan adil. Dalam kata lain, sesuatu yang tidak penting tidak wajib dipentingkan. Prioritization ]
Jadi Poligami itu sebenarnya Rukhsah.
[Rukhsah: Keringanan apabila ada masalah dari segi individual atau masyarakat]
Individual seperti isteri tidak bernafsu, tidak sihat dan sebagainya.
Masyarakat seperti peperangan, perempuan terlampau ramai dari lelaki dan sebagainya
Kalau lelaki sekarang kata berpoligami itu sunnah, dia tidak tepat. Apakah itu sunnah? Sunnah adalah cara atau kebiasaan, perkara2 yang Rasulullah saw biasa lakukan. Dalam buku Sheikh Yusof Al-Qaradawi, beliau menjelaskan bahawa Rasulullah berpoligami pada lebih kurang 10 tahun akhir jangka masa hidup baginda, manakala selebihnya Baginda tidak berpoligami. Jadi, beliau menjelaskan bahawa kebanyakan masa Rasulullah fokus pd perkahwinan bukan poligami.
Apakah benar Islam tidak memberi hak pada para wanita?
Jika lelaki mempunyai hak untuk berpoligami, wanita juga mempunyai 3 hak dalam isu poligami. Seorang perempuan mempunyai hak untuk:
- Merelakan dirinya dimadukan
- Melindungi poligami dengan menjelaskan pada mahkamah bahawa dia takut ia akan memudaratkan dirinya, anak-anaknya dan bakal isteri baru jika suaminya berpoligami
- Hak untuk membebaskan
Hak untuk membebaskan ini terbahagi kpd 2 iaitu:
- isteri boleh mengenakan syarat Taqlid iaitu ibarat "menyediakan payung sebelum hujan" syarat sebelum bernikah
- Dan jika Isteri takut mengingkari nikmat Allah, tidak dapat lg mematuhi suami iaitu tidak dpt lg menegakkan hukum Illahi lagi bagi seorang isteri pd suaminya, dia boleh minta untuk diceraikan. Perkara ini tidak salah dan tidak asing kerana bahkan isteri Tsabit bin Qais juga pernah bertemu Rasulullah saw dan mengadu kepada Baginda tentang hasrat suaminya dan kerisauannya untuk tidak mampu taat pada suaminya itu, maka Baginda menyuruh isteri Tsabit ini memulangkan kebun yg merupakan mahar perkahwinan meraka pd Tsabit. Kemudian gugurlah talak pada mereka" (Hadis Sahih Riwayat Al- Bukhari)
Para pembaca sekalian (ewah bajet cam ramai, tp kalo ramai AlhamduLilah semoga ramai yg dpt sy berkongsikan ilmu)..
Ilmu-ilmu yg baru sy kongsikan td, bukanlah sy mereka-reka, tp sy petik dan rumuskan dari ceramah Ustazah Fatimah Syarha yg comel lagi solehah..huhu..semoga Allah memberkati beliau dan keluarganya.
Islam itu adil. Allah memahami fitrah ciptaannya. Jadi, tak mungkin tuhan yg maha Agong lg Maha Penyanyang tidak memahami fitrah wanita yg berjiwa halus dan lembut ini kan?
Kerana itulah pentingnya kita sebagai seorang Muslim zaman skrg mengumpul sebanyak ilmunya supaya kita tidak tertipu dengan pemikiran Capitalist dan Orientalist Barat. Juga supaya kita sendiri tidak melakukan fitnah kepada Islam itu sendiri.
Islam tidak pernah akan memaksa wanita. Islam tidak zalim malah ia sangat melindungi dan kasih terhadap wanita.
"Oh Muslimah, Allah cinta padamu, Rasulullah kasih pada mu"
Hayatilah lagu tu wahai Muslimah.. :')
PEACE yaw! -.-v
Assalam wbt.
No comments:
Post a Comment